July 8, 2025

Balqish @ Persiapan Untuk Perkhemahan

Sabtu yang lalu, datang ke TGB membawa alat perkakas Pandu Puteri untuk Aqish. 

Aqish dalam proses membuat projek file RAJA, 
Buku /file RAJA adalah peringkat yang tertinggi untuk Renjer.
Sekiranya berjaya dan lulus, anugerah RAJA akan disampaikan oleh Permaisuri Agong.
Untuk wakil dari TGB, aqish seorang sahaja tahun ini.

Lusa 10/7/2025 hingga 13/7/2025

Aqish ada Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Semalaysia Peringkat Kebangsaan 2025
bertempat di MRSM Serting. 

Untuk file Remaja telah pun selesai dan berjaya (lulus) & 
telah mendapat anugerah dari Raja Permaisuri Selangor 
bertempat di Hotel Concorde Shah Alam pada 14 April 2025.

Sementara tunggu mama dan papa sampai, aqish siapkan dulu beberapa kriteria dalam perkhemahan yang wajib dihantar nanti, salah satunya adalah melukis. Kami sampai agak lewat disebabkan hiway sedikit jem, kelam kabut juga nak pergi mendobi, nak cari perkakas untuk persiapan camping.

Sebahagian rakan-rakan aqish yang membantu. Rakan-rakan yang akan turut serta seramai 16 orang terpilih  selepas di interview oleh guru Pandu Puteri. Mereka akan menolong aqish untuk pemotongan kayu, ikatan dan lain-lain. Pendek kata, mesti peka dan ada pengalaman dalam ikatan.
Dah lewat petang, semua dah siap berkemas nak balik dorm sebab 7.15pm ada kelas mengaji.
Kayu yang kami bawa dari rumah. Pinjam kayu Wardina. Kayu Aqish yang kecil-kecil dekat Wardina, dah terbalik pulak...tak sempat nak pergi ambil dekat Wardina. Kayu ini kegunaannya untuk membuat tempat cuci pinggan, rak pinggan dan lain-lain dengan mengunakan format ikatan.

Papa telah cuba membuat sinki DIY. Kita cuba pakai bekas 4 segi, konon-konon mcm sinki 4 segi. Alhamdullilah berjaya cubaan kedua

Cubaan pertama gagal, bila lubang sinki (saluran getah sink) terlebih besar. Maka kenalah kekedai beli yang baru. Beli peralatan seperti besen, getah saluran mesin basuh (dijadikan getah saluran sink), gam uhu, marker, pisau. Alatan sampingan pula, bekas air sebagai air dari paip untuk cuci pinggan dan lain-lain dan juga besen-besen lain.

Bahan-bahan plastik beli dekat kedai alat perkakas plastik.
Sepasang Kebaya untuk malam persembahan. 

22 comments:

notie said...

syioknya. Dulu akak bercita-cita nak join pandu puteri tapi keluarga tak bagi. Bila tenguk ni huhu terkonang semasa dolu.

Mama Zharfan said...

congrats Aqish! all the best yer :)

Ezna Khalili said...

Alhamdulilah seronok betul aktiviti Renjer / Pandu Puteri. Dania pun Pandu Puteri tapi tahap biasa je.

Afzan said...

tahniah Aqish...moga sentiasa berjaya

PH said...

Tabik spring! Saya dulu selalu elak join aktiviti sekolah sebab malas hah..hah..hah...

anamizu said...

waahhh syoknya Aqish! lg btambah best ada ibu ayah supportive eheee

norhidana said...

Wah tahniah Aqish, special betul dapat jumpa dengan Tengku Permaisuri Selangor

Faizal R said...

Tahniah, mesti teruja betul tu nak pergi perkhemahan.

Suria Amanda said...

Congrats Aqish..Aunty SA dulu Pengakap..dari sekolah rendah sampai sekolah menengah...

Aphizha said...

Tahniah Aqish dapat anugerah dari Raja Permaisuri Selangor. Seronoknya berkhemah. Bagusnya mereka bergotong royong buat persiapannya.

uncle gedek said...

Tahniah Aqish!

Cantik kan permaisuri tu...?

Puan Hazel said...

Terbaiklah Aqish 👏🏻👏🏻👏🏻
Semoga terus cemerlang ye...seronok beraktiviti begini, dapat macam² ilmu dan pengalaman baru

adnil linda said...

Tahniah Aqish... Kenangan manis sepanjang hayat nie, jumpa Permaisuri Agong depan depan..

#JMBELOG said...

Terbaik

Kakmim said...

Bestnya aktif ye pandu puteri di sekolah aqish... kt sekolah anak sy x brp aktif, fokus akademik je, koko kalau parents x hantar ke luar mmg x dpt byk la PAJSK

mama tisya said...

tahniah Aqish...syok tu ada gmbr dgn permaisuri agong

Ujie Othman said...

Tahniah Aqish 👏🏽
Moga berjaya dan lulus untuk file Raja pulak.

Cantik baju kebaya tu.

Rawiwa said...

Congrats Aqish... good job🥰
Semoga file RAJA Aqish menang dan mendapat pengiktirafan.

dear anies said...

wahhhh best ni! kalau sy pun excited nak join program yg disediakan...

Mulan said...

Congrats Aqish. Teruskan minat dan aktiviti Pandu Puteri.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah bisa buat sendiri sini DIY 👍👍. Saya pun dulu anggota Pramuka. Tapi hanya merasakan sekali bisa menginap kemping , lalu tak diizinkan orangtua pula 😅😅. Semangat aqish, memang best bisa join kegiatan Pramuka atau pandu ini

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Zaman sekarang pun sulaman kebaya tetap menang. Elegan tak lapuk dek zaman.Bila ada sulaman macam ni, tak payah aksesori banyak pun dah cukup menyerlah.