June 17, 2025

Aloe Vera

Cuaca cantik petang semalam
balik dari pejabat, cepat-cepat curi masa mengemas pokok-pokok yang dah terbiar
kemaskan pokok aloe vera yang dah beberapa bulan terbongkang
dah semakin membesar pokoknya
akar tunjangnya juga semakin membesar
dah beranak pinak juga
habis patah-patah jugak

lagi lama dibiarkan
lagi jahanamlah pokok si aloe vera ni
tukar tanah, tukar pasu yang besar sikit


tu dia boleh tahan jugak nak cabut dari pasu
akar dah keras
tanah pon dah keras


Ibu aloe vera
pindah kepasu yang lebih besar

selepas dipisahkan dengan ibunya
banyak anak-anaknya
jenuh jugak ni kalau membesar sama mcm ibunya
Ini pasu yang pertama
bahagi kepada dua pasu
banyak anaknya.....kita tengok nanti besar mcmana
sapa nak, mari-mari...

Pasu kedua
kalau aloe vera jenis kecik-kecik tak membesar
comei jugak 😀


Selesai mengemas aloevera
next kita punggah bulbs lily pulak

7 comments:

mama tisya said...

besar alorveranya..kt umh mak pn ada juga dia tanam dlm pasu

Abah Titik Asa said...

Sudah besar-besar aloevera nya Mbak.
Oh iya kalau disini namamanya "lidah buaya"

Salam,

Aphizha said...

Banyak pokoknya. Saya ingat macam mudah je nak cabut pokok ale vera ni, rupanya payah jugak ek akarnya keras. Dah diasingkan nanti cantiklah sikit dia tumbuh, tak berebut nak besaing hidup.

Kakmim said...

lama sy x tgk lidah buaya ni... dlu masa kecik byk kat rumah nenek

Mama Zharfan said...

saya tak tanam lidah buaya, tp tanam pokok pandan dlm pasu then membiak dgn sgt byk, so buang2 jer, last2 tinggal 2 pasu...memang sgt2 byk laaaa

Tot said...

Elok subur ibu aloe vera tu. Hijo je. Saya punya tanam dalam pasu plastik, boleh reput pasu dan melimpah-limpah keluar. Huhu.. tunggu beli pasu baru.

Amie said...

Sedap ni lovers dibuat jus minuman.