March 6, 2021

Perginya Si Putih


Pagi yang buat mama rasa sedih seharian
tanpa disangka, putih dilanggar pagi ini

tengok dari jauh, ingatkan dia tidur
langsung tak terfikir perkara lain
bila dah hampir dengan putih
pergi tengok, allahuakbar....
dia dah mati....ada orang yang baik hati letak dekat bus stop :(
tak sempat nak bagi makan hari ni

putih dah pergi dulu
Putih ni anjing yang dibuang oleh Tuannya
dia setia duduk dekat satu tempat 
hari-hari tunggu dekat situ
sebelum ni tak pernah nampak putih dekat situ

beberapa hari juga mama perhatikan dia sebulan yang lalu
bila confirm dia setia di situ sepanjang hari
maka mama mula memberi dia makan setiap hari



Memang menjadi rutin mama memberi stray dog & kucing sekitar rumah
disebabkan rasa kesian yang mendalam
maka jatuh perasaan untuk menolong mereka
mereka juga tak berdaya mencari makanan sendiri
terutama yang di buang tanpa belas kasihan


Selamat jalan putih, mama sayang putih
Keceriaan putih tiap kali mama datang beri makan
selalu buat mama rasa terhibur
mama simpan sini sebagai kenangan






1 comment:

Warisan Petani said...

Si Putih dalam kenangan