August 1, 2018

Hari ke-2: TOKYO Belajar Macamana Nak Naik Monorel & Train

Sambungan cerita yang terbengkalai

Allysha ditugaskan oleh papa
untuk belajar dengan google map (online)
dan juga belajar memahami jalan-jalan dekat area Tokyo melalui map
mencari solution sekiranya ada sebarang masalah dalam memahami jalan-jalan dekat sini
senang sebab merata ada info and guideline pasal jalan


penting bagi setiap orang mempunyai internet sepanjang berada di sini
perjalanan di sini semuanya mengunakan google map
so, kami beli backup wifi ni dekat Malaysia
walaupun dekat Penginapan kami, Tuan Rumah  ada menyediakan wifi percuma
wifi tu kita boleh bawak jugak sepanjang keluar kerumah

Selamat Sampai di Airport Haneda
Perkara pertama yang perlu kita belajar adalah macamana nak naik monorel 
& train untuk ke tempat penginapan kami di kawasan Joju Station

Allysha di tugaskan oleh papa untuk belajar macamana nak belajar naik public transport
gunakan google map dan juga map yang disediakan di sini

kami sedang menghala ke Monorail selepas membeli kad suica
dekat sini semuanya mengunakan kad, habis kad kenalah top-up

dah beli tiket (kad) untuk naik monorel

kita akan ke Tennozu Isle Station

berhenti dekat Tennozu Isle Station dan kena ambil train pulak

Comelkan motor bawak pizza tu

cuaca terasa sejuk walaupun masa tu jam 11.30am

sementara tunggu train sampai marilah kita merakamkan kenangan

 Ali kepenatan, setiap orang kena  bawa luggage masing-masing
1st time so tak berapa biasa sangat menarik luggage sambil naik eskulator

jam sudah hampir pukul 12 tgahri tetapi masih ada lagi rakyat Jepun yang hendak ke pejabat

kami sudah sampai dekat Joju Station. Penginapana kami memang dekat dengan Train station.
kami berjalan kaki sahaja dari Joju Station 

balqish sempat possing sebelah basikal
sementara kakak allysha dan papa mencari arah (google map) untuk ke tempat penginapan kami



No comments:

Post a Comment