December 23, 2017

Cuti Sekolah 2017 - TOKYO, Japan with (JAPAN AIRLINES)

Tarikh: 28 November 2017 - 5 Disember 2017
Tempat: TOKYO, JEPUN
PESAWAT:  JAL (JAPAN AIRLINES)

Percutian tahun ini kami bawa anak-anak berjalan jauh sedikit
Kami memilih negara JEPUN untuk pergi bercuti
memandangkan mereka bertiga sudah besar dan mereka dah boleh menjaga diri masing-masing
dan dah pandai memahami dan menikmati apa itu percutian
maka, mereka di beri rewards ke Tokyo, Jepun

kalau dulu zaman mereka kecil, kami akan berjalan sekitar ASIA sahaja.
kerana mereka masih mempunyai pelbagai ragam masing-masing
masih tak berapa faham apa itu 'Percutian'
tiap kali bawa bercuti, mesti ada salah seorang yang akan tak sihat (demam)
kerana antibodi mereka belum berapa kuat lagi
bila dah besar-besar ni, alhamdullilah lebih mudah lagi percutian kami


Perjalanan Kami bermula pada 28/11/2017 - 5/12/2017, 7 malam 8 hari
Pesawat pula kami memilih untuk mengunakan penerbangan Japan Airlines (JAL)
Semasa pergi kami menaiki MAS Airlines (operated by MAS)

28/11/2017 KLIA - OSAKA / KANSAI INTERNATIONAL (KANSAI)
29/11/2017 OSAKA / ITAMI INTERNATIONAL (ITAMI) 

29/11/2017 TOKYO/TOKYO INTERNATIONAL (HANEDA)

LUGGAGES:
Kami layak mendapat 46kg


Check-in dekat KIOSK dulu sebelum check-in dekat kaunter Japan Airlines (JAL)
Kaunter MAS perlu lebih peka, dekat area pertanyaan tu kakitangan kurang mesra pelanggan

Selepas selesai check-in dekat KIOSK, barulah kami ke Kaunter JAL. 2 biji luggange besar masuk ke dalam Kargo, 3 luggages lagi kami bawa masuk ke dalam flight.

 Menuju ke Aerotrain
 Macam biasalah kan, masuk negara orang kenalah declare, isi form Disembarkation Card.

Seat kita terpisah sikit dengan papa & ali, tapi ok jerk sebab malam. Dinner tak ingatlah makan apa, rasa macam ada snap photos tapi cari-cari semula...eh tak der pulak, so tak derlah  gambar makanan untuk dinner & breakfast.
dah nak touch down Osaka (Kansai) Airport

Kami transit di Airport Osaka Int. (Kansai) dan akan ke Airport Osaka Int (ITAMI)
Transit dekat sini pelik sikit, Airport tak sama dan agak jauh jugak dengan Airport Osaka (Itami). Kami kena menaiki bas untuk ke Airport Osaka (Itami).

Ole-ole untuk balqish dari MAS. Terima kasih MAS  Airlines
Kami memang suka simpan & mengumpul souvenirs dari MAS tiap kali terbang bersama MAS Airlines

Masa ni pukul 5.17 pagi.
Menunggu semua orang keluar dari kapal dahulu, kita possing jap...
Transit dekat Airport OSAKA (KANSAI), kita kena ambil luggages dan kena declare
barulah boleh transit / keluar dari Airport OSAKA (KANSAI).  Ambil bas untuk ke Airport ITAMI, dan meneruskan penerbangan ke Airport Haneda, Tokyo.

 menuju ke Imigration

dekat dalam ni tak boleh ambil photo, so tiadalah kenangan didalam sini

ketika ini jam 6.35 pagi, kena cari bas ke Airport Itami pulak
Bila tanya Japanese dekat sini, mereka tak paham berbahasa Inggeris, maka kami terpaksa tunjuk flight itenary, so mereka kata kena ambil bas dekat kaunter khas dekat luar Airport.

 Papa tengah beli tiket bas.

setiap luggages kena tagging dulu

Persekitaran Airport Osaka ketika menunggu bas, cuaca dah terasa sejuk
hari juga dah sudah cerah

bag dah siap tagging, mereka masukkan ke dalam perut bas
dan kami serahkan pula tiket kami. Cara mereka berkerja memang sangat teratur dan berdisiplin.
bergerak jam 6.45 pagi 
Flight kami dari Itami ke Haneda, Tokyo jam pada 9.30 pagi 

Para pelacung yang baru sampai dan menunggu bas

 kami dah nak bergerak ke Airport, perjalanan memakan masa 1 jam lebih

bas yang kami naiki dan melihat pemandangan sekeliling

lagi pemadangan di Osaka, jam 7 pagi

 Osaka Izumisano, nampak dua orang tengah naik basikal

Perjalanan ini memakan masa yang agak lama, bas bergerak sangat berhemah dan berhati-hati
Perasaan hati kami sudah tidak keruan, takut tertinggal flight ketika ini

Hati sangat gundah gulana, papa kata kita confirm akan tertinggal flight. Maka tawakal sahajalah apa yang akan terjadi.

Ternampak padang softball, tapi masa ni ali iqbal tidur

Jam sudah menujukkan pukul 9.05 pagi, tapi bas kami belum sampai-sampai lagi di Airport  Osaka (Itami). Bayang airport, signboard airport pun kami tak nampak sepanjang perjalanan kesana. Memang sahih kami kena tinggal flight ni. Nak tanya pemandu bas itu lebih-lebih, beliau pun tak faham berbahasa Inggeris.

Jam 9.30 pagi, flight kami sepatutnya terbang. Masa ni dah tak ada mood nak ambil photos, dah rasa seram sejuk fikir akan terlepas flight. Dalam 9.25 pagi kami sampai di Airport Osaka (Itami), papa berlari turun dari bas untuk ke kaunter check-in, sementara kami mengambil luggages dalam perut bas.

Alhamdullilah, kakitangan di Airport Itami (Japan Airlines) menyambut kami dengan penuh ramah mesra dan sangat - sangat menolong dalam saat yang getir ketika itu. Mereka faham kami memang sudah hampir tertinggal flight kerana bas baru sahaja sampai di Airport. Selepas tiket kapal terbang selesai diberikan kepada kami,  Mereka juga turut berlari-lari bersama kami menunjukkan jalan untuk menuju ke kapal terbang. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat kakitangan JAPAN AIRLINES (JAL) yang membantu kami, sangat terkesan di hati kami sifat dan sikap  beliau yang sangat komited dengan kerja dan sangat berperi kemanusiaan itu. Kami sangat-sangat terharu ketika itu.

Boleh bayangkan kalau pesawat di Malaysia, andai kita sudah terlewat dan hampir tertinggal flight apa akan jadi kan? Berbeza dengan kakitangan JAPAN AIRLINES (JAL).

Tiada rakaman photos sepanjang kami kalut dengan keadaan yang mencemaskan itu.

Sampai di dalam perut kapal, kami adalah orang terakhir yang masuk
Seat kami juga berpecah-pecah di antara satu sama lain
99% yang menaiki kapal terbang ke Haneda, Tokyo semuanya berpakaian pejabat, masing-masing berpakaian lengkap tie dan berkod.
Masyaallah terpegun sekejap melihat mereka pergi berkerja menaiki pesawat :) hebat orang Jepun!

Seat Balqish dekat depan seorang diri bersama uncle-uncle Japanese seperti di dalam gambar, Ali Iqbal di seat yang berlainan juga. Nasiblah dah besar dan dah pandai bawa diri dalam flight, dah pandai juga pilih menu / air,  bila Pramugari tanya nak pilihan air minuman. Penerbangan ke Haneda Airport, Tokyo memakan masa selama 1jam 30 minit sahaja. Syukur, alhamdullilah selamat sampai di Airport Haneda, TOKYO.

Selepas sampai di Airport Haneda, Tokyo, masa untuk mengekplore dan belajar cara-cara membeli tiket untuk menaiki monorail dan keretaapi untuk ke Apartment


BERSAMBUNG



No comments:

Post a Comment