November 14, 2017

November @ MQA RUN 2017

Tarikh: 11 Novermber 2017
Tempat: MQA, Cyberjaya

Masih mengupdate entry November 2017 yang masih banyak tertinggal
maklumlah bila banyak kerja, memang langsung tak ada masa untuk menghadap blog
so, ada sedikit masa ini saya ambil kesempatan untuk menulis dan berkongsi kisah


Buat pertama kalinya, saya dan suami mengambil kesempatan untuk 
memuji organiser yang mengatur MQA RUN 2017 ini
dari awal saya mengambil race kit sampailah kehari kejadian larian
cara mereka mengorganise sangat teratur dan tidak memeningkan kepala (well organised)
para sukarelawannya juga sangat membantu dan berkerjasama


pada hari kejadian larian juga
selepas habis menamatkan larian
ada seorang sukarelawan yang menjaga tempat larian di garisan penamat
agar tidak ada para para pelari yg sudah menghabiskan lariannya mengambil gambar
digarisan penamat seperti yang selalu terjadi hingga menganggu para pelari lain yg baru sampai
Sikap ini harus dipuji dan di contohi oleh organiser lain


cara organiser menyusun tempat pengambilan minuman juga sangat tersusun
sangat mudah untuk kami beratur mengambil air
tidak seperti organiser lain yang membuatkan para pelari jadi huru hara

kadangkala bila terlalu crowded kami malas nak ambil air
kami duduk berehat dulu

mohon organiser larian lain, contohi cara MQA mengorganise dengan tersusun
well done MQA, salute your team!



Sebelum acara bermula, kami mengambil tempat 10km

berhenti minum air

 suami tak boleh lari jauh dengan saya sebab kasut saya nak tercabut, dah rosak tanpa disedari
bagus jugak idea suami, dia tolong ikatkan tali kasut tu depan belakang agar tidak tercabut tapaknya

Pengumaman cabutan bertuah. Saya tak dapat nak tunggu lama so saya pulang awal selepas dapat bergambar dengan Dato' Sri Idris Jusoh

TQ adik CCUMS yang menjadi sukarelawan kerana menolong akak ambil gambar
(gambar di bawah sebelum pulang)
11/11/2017: 12km


No comments: