October 16, 2017

PT 3 telah berakhir

selalu sahaja menjadi angan-angan bila nak menulis secara konsisten
tetiba selalu aja tetiba hilang dari berblog
sekejap muncul, sekejap hilang
inilah kekangan masa yang selalu tak boleh nak di elakkan

salute dan kagum kepada kawan-kawan blogger yang masih menten menulis
bukan mudah nak menten menulis
bukan mudah nak menten berblog walking
terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi singgah kesini

dah seminggu PT3 melabuhkan tirai
syukur alhamdullilah

Minggu lepas hari yang sama, hati para ibu bapa
begitu resah dan gelisah, hati menjadi lebih sayu melihat anak-anak melangkah ke dewan
begitu juga dengan perasaan anak-anak yang menduduki PT3
sama-sama menjadi sayu dan hiba
semuanya mengharapkan keputusan yang cemerlang

syukur, semuanya berjalan lancar
kini menunggu keputusan dengan penuh debaran
semoga beroleh keputusan yang cemerlang
buat allysha dan sahabat-sahabat beliau
layan beberapa photo anak-anak PT3






2 comments:

Azirahman said...

Lega bila anak-anak dah habis exam tp saya ada sorang lagi nak exam spm

Warisan Petani said...

Mudah2an Allysha akan berjaya dengan cemerlang.