February 12, 2016

Kriket ASSAK & Pulai Spring Resort

Dua minggu yang lalu kami ke JB
ada perlawanan Kriket Ex SM Sains Muhamad Jiwa & Ex SM Sains Kluang
bertemu di padang Johor Kriket Council Academy, Skudai.

Sebelum perlawanan bermula, sessi fotografi dulu. Jersi Kuning Ex SM Sains Muhammad Jiwa, Kedah & Jersi Biru Ex SM Sains Kluang, Johor.

kami mak-mak yg menunggu dah rasa panas berbahang, cuaca sangat panas....dah lama sangat tak gather-gather...kalau travel jauh barulah berjumpa gang-gang mak-mak kriket, kalau setakat dekat Padang Kriket Kinrara, Bayu Emas & Mantin memang tak rajin dah nak follow.
dah setengah hari dekat padang, budak-budak pun dah start boring. Semua ajak balik ke Hotel.
Menginap di Pulai Spring Resort. 
Suka tengok pokok-pokok nie bertemu.....rasa macam dekat A Famosa Resort pulak...

dah sampai hotel, budak-budak happylah sangat sebab agenda utama mereka nak terjun pool.
bilik pon best dan berbaloi, recommended sangat untuk yang nak bermalam sini.
Nampak teratur, bilik allysha dan ali, ada toilet & bilik wardrobe, salin pakaian & makeup.

Bilik Allysha & ali iqbal

Bilik kami - sama jugak ada bilik asing untuk makeup & wardrobe

dining & living hall area, ada kitchen area jugak. kalau famili besar berbaloilah duduk dekat sini.
WIFI juga free.

bilik kami CINTA SUITE

aktiviti sepanjang berada disini, aktiviti petang..aktiviti pagi....aktiviti wajib budak-budak ni terjun kat pool 
pool kat area hotel

 dekat club house pulak...dengan abg aqil

belajar imbangkan badan dalam air dengan abg aqil


tak sempat nak pergi Kids attractions area, sebab mereka leka dok dalam pool sepanjang masa, kupon burn macam tu aja.

 Malam kami dinner dekat Food Court Danga Bay, tapi service memang hampeh. Budak-budak memang dah penat dan keletihan sebab terlalu lama main dalam pool siangnya. Nak pergi restoran yg disuggest oleh kawan-kawan,  tutuplah pulak. Maka kami ke area sini cari makan.....service slownya nauzbillah....food pun hampeh tak sedap.

Allysha dah moody....tunggu air pon lama...apatah lagi tunggu makanan....lagilah lama

emmmm....lepas ni tak pergi dah kat area sini..walaupun service out, tapi ramai pulak yang lepak makan kat sini....pelik-pelik.....sure terkena macam kami jugak....
balqish dah tidur memang dia tak bangun makan....tapau jerklah untuk dia....

nampak steak ni mcm seketul, tapi ada 3 ketul dia bagi....punyalah banyak....tak mampu nak habiskan...
pagi selepas breakfast sambung lagi masuk dalam pool hingga ke tengahari.
bubur nasi favorite mama...

 dah masuk dalam air, memang susah sangat budak-budak ni nak keluar


budak-budak ni lebih suka swimming dekat pool club house compare pool dekat hotel.
check-out jam 12.30tgahri
pergi lunch briani gam dengan classmate papa
OTW back singgah JPO dulu

singgah R&R Pagoh, allysha nak makan nasi ambeng
tapi rasanya kureng sedap....tak macam zaman dulu-dulu nasi ambeng aromanya... sedapnya...

 Nasi Ambeng RM5 sebungkus
 



Kepada yang nak jalan-jalan area JB, boleh contact Pulai Spring Resort. 
Address: 20 km Jalan Pontian Lama, 81110, Johor, Malaysia












14 comments:

Kakcik Seroja said...

Bab main air ni kakcik suka sangat... :)

iryantyismail said...

Seronok nampaknya budak2 dapay bejalan mkn angin

Su Hamid said...

Budak budak dan air berpisah tiada.

paridah said...

SELESA TEMPAT PENGINAPANNYA..BOLEH BEREHAT DGN LEGA STLH PENAT BERKRIKET ANAK2 NAMPAK HAPPY SGT TU...

Puteri Kenari said...

Seronok bersama keluarga camni.salam balas kunjungan Aamiiza...

Zaitun said...

Budak2 kalau jumpa swimming pool memang susah nak keluar.
Nampak cantik dan selesa aje resort tu.

Bunda_nora said...

wah best nyer..bersantai sama keluarga pasti menyeronokkan..

babYpose said...

Pandai sis ambil gambar, cantik-cantik semua, nampak happy budak kat pool tu. Betul hotelnya selesa, kalau rumah macam tu best :))

Azlinda said...

PulaI spring mmg best

Kakzakie Purvit said...

Kakak yg duduk dekat dgn Pulai Spring ni tak pernah menikmati swimming poolnya Miza
Tapi makan dah selalu jugalah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bestnya dpt men pool..hehe..berendam sakan.

TukangKebun said...

Design poolnya memang nampak cantik dan menarik.
Boleh leka berjam-jam.

Azirahman said...

bila tengok game kriket..masih tak berapa faham ..hehhee

LYAfrina said...

happynya leh mandi kolam..