catatan pengalaman ali iqbal berkhatan di usianya 9 tahun
ali iqbal selamat berkhatan pada hari Sabtu petang 21/11/2015
alhamdullillah sekarang dah sihat
sebelum pergi berkhatan, minta ali iqbal mandi siap-siap untuk sejukkan badan
sebelum berkhatan juga, kami tanya dekat ali iqbal nak makan apa untuk lunch?
special untuk ali iqbal, sebab nanti bila dalam proses nak pulih kena makan makanan berpantang sahaja
ali memilih untuk makan KFC, so kita pun bawak ali iqbal makan dekat KFC
kakak dan aqish kena ikut cadangan ali iqbal.
sebab mereka ni selalu berbeza pendapat bila nak makan...masing-masing ada taste tersendiri
Appointment dengan doctor pada pukul 2.00 petang, tapi proses lain-lain sebelum jumpa doctor tu kena datang pukul 1.00 petang untuk persiapan sebelum berkhatan, siap sedia menunggu giliran ke bilik dengan muka yang suspen.
Bersiap sedia menunggu giliran untuk dibius dahulu, masa ni sangat suspen, sebab budak katil sebelah dah meraung-raung cakap sakit...sakit...sakit....alamak mama dan papa betul-betul rasa suspen dan stress, ali pun jadi suspen. Walau apapun, papa banyak tenangkan ali iqbal, mental dan fizikal kena bersedia lebih awal.
Dari awal tahun lagi, kami memang dah siapkan mental dan fizikal ali iqbal untuk bersedia berkhatan, dah cakap dekat ali, hujung tahun ali dah kena berkhatan, dia pun bersetuju. Dari awal juga papa dah ajar persediaan sebelum berkhatan, macamana cara-cara nak membersihkan bebird setiap hari, sebelum doctor lakukan operation. doctor pun turut check dan bersihkan, doctor pun terkejut sebab dah 'bersih' dah...tak perlu doctor bersihkan...dan proses itu juga membuatkan proses 'membersih' berjalan dengan lebih cepat dan lancar.
Giliran ali iqbal pun sampai, syukur sangat dia sangat bersedia semasa proses membius dan tak menangis. Disamping itu sama-sama berselawat & membaca fatihah sebelum bius dan semasabius di lakukan. Kami bekalkan tuala tebal untuk ali iqbal mengigit ketika dalam proses membius di lakukan, jadinya dia taklah menangis, kami mintak dia gigit towel bila rasa sakit. Kain pelikat pula di bawa dan tukar bila dah sampai dekat klinik.
Selepas proses membius sudah merasa kebas, maka proses seterusnya akan dijalankan. Proses operation juga buat kami rasa suspen dan berdebar-debar, bila tengok semua alatan operation penuh dihadapan katil. Disamping itu kami & doctor juga mintak ali baca al-fatihah sepanjang operation dilakukan. Mama & papa pun rasa gementar, turut sama membaca segala surah untuknya. Doctor juga pandai mengambil hati ali, sambil berborak-borak dengan ali iqbal tangan mereka berjalan melakukan tanggungjawabnya, so ali iqbal taklah rasa takut dan gementar sangat, ada gelak ketawa gurau senda bersama doctor tersebut.
Walaupun berbius, tapi rasa sakit tu datang kembali selepas operation selesai. Kami cepat-cepat bagi makan ubat tahan sakit, papa memilih kaedah berkhatan untuk ali iqbal secara laser, walaupun namanya laser, tapi sebenarnya potong tetap potong, sedikit sahaja kaedah laser yang digunakan selepas habis semua operation itu, syukur proses operation berjalan lancar tanpa menangis :) Benang jahitan akan jatuh dengan sendirinya bila luka itu sembuh sepenuhnya.
Sebelum balik, sempat bergambar dengan mereka. Doctor bekalkan ubat tahan sakit & antibiotik. Hari ke-4 buat follow-up jumpa doctor semula untuk check luka dan jahitan.
ali iqbal hari ke-2 (22/11/2015)
Segala penjagaan semasa tempoh berpantang berkhatan ini, papa yang menjaganya dari semua sudut membersihkan luka, memandikan, merawat luka hinggalah memberi makan ubat. Bab ni mama memang tak pandai, so papa yang berpengalaman menguruskan anak lelaki yang sorang ni :) Bab memandikan, bab nak buang air juga ada caranya. Pastikan tisu kertas sentiasa ada di dalam toilet, ini untuk memudahkan ali iqbal buang air kecil tekap dekat sekeliling bebirdnya, agar air tak terkena dekat tempat luka.
Untuk pemakanan, kalau ikut doctor moden semua boleh makan. Tapi mama tak nak akan ada masalah kemudian hari, target nak ali cepat sihat, cepat luka dan jahitan itu cepat kering, maka berpantang adalah jalan paling bagus. Tugasan mama memasak untuk ali iqbal, hari-hari kena makan lauk berpantang, ali iqbal pun dah mula bosan makan lauk berpantang. Mama cakap kat ali, mama berpantang masa 'abg baby dulu' selama 60 hari, ok jerk makan lauk pantang, abg baru beberapa hari dah mogok.
Menu sepanjang berpantang, untuk sarapan pagi, roti dan milo sahaja. Untuk lunch dan dinner, sebelum memasak, mama akan tanya ali iqbal nak makan lauk apa? ikan goreng, ikan masak asam atau ikan singgang kuning, sayur sawi rebus. Pilih nak yang mana. Makanan memang sangat terbatas untuk yang berpantang, kami beli ikan tengiri, ikan merah, ikan jenahak. Ayam memang di pantangkan untuk makan, makanan yang sejuk dan gatal-gatal juga tak boleh ambil ketika berpantang.
Air minuman kami catu jugak, sebab takut luka lambat baik. Air manis juga kami kurangkan, sehari sekali sahaja. Buah-buahan ali suka makan buah delima, so buah delima menjadi pilihan sepanjang tempoh berpantang. Terpaksa buat jadual yang ketat untuk tempoh berpantang ali iqbal sebab takut dia akan lambat pulih.
ali iqbal hari ke-6 (26/11/2015)
Cara kain pelikat di sangkut pulak, kain pelikat tu kami tak ikat pun sebab faktor syiling yang tinggi dan tak tau nak paku dekat mana. So, papa menggunakan hollahop untuk mengelakkan kain pelikat tu tidak terkena dan terlekat dekat luka. Hollahop tu balqish yang empunya, ada jugak kegunaannya untuk ali, tak sangka betul. Setiap ruasnya boleh dibuka dan pasang semula, so boleh pasang separuh sahaja dan boleh didirikan, hollahop tu tak perlu sepenuhnya dipasang bulat seperti gambar ali yang pertama tu.
Untuk tidur malam, kaedah pengudaraan pulak kami biarkan kain pelikat tu terbuka. Ini untuk mempercepatkan luka jadi kering dan cepat baik.
Untuk tidur malam, kaedah pengudaraan pulak kami biarkan kain pelikat tu terbuka. Ini untuk mempercepatkan luka jadi kering dan cepat baik.
ali iqbal 30/11/2015
Hari pertama memakai seluar selepas 10 hari, luka dah kering tapi masih dalam proses berpantang lagi, tak bagi ali iqbal terkinja-kinja takut kalau-kalau terbengkak semula. Makan pun masih berpantang lagi. Dan paling dia tak tahan teringin nak makan macam-macam dah...kesian dia...
ali iqbal 3/12/2015
Hari pertama ali iqbal ajak dinner dekat luar, hari pertama juga keluar rumah. Tengok pinggan nasi goreng kampung ali licin, dah start kuat makan semula. Inilah pengalaman yang ali iqbal boleh kongsikan bila ali dewasa kelak, Dr. Hamid Arshat pernah offer nak khatankan ali masa baby dulu. Tapi papa dan mama buat keputusan untuk berkhatankan ali bila dah besar, sebab nakkan ali iqbal boleh merasa pengalaman sakit, pengalaman menghadapi berpantang, pengalaman menjaga dan membersih semasa berkhatan dan lain-lain :)
Selamat menempuh ke alam remaja, solat dah tak boleh tinggal tau abang!
Moga menjadi anak yang baik dan soleh!
Selamat menempuh ke alam remaja, solat dah tak boleh tinggal tau abang!
Moga menjadi anak yang baik dan soleh!
10 comments:
alhamdulillah dah menempuh alam remaja dah....untungnya ada anak lelaki
wah.. anak eyja belum lagi. bila di tanya postpone 8 tahun pula. hihik
Alhamdulillah dah pulih ali iqbal..
Good boy..
Anak akak nabil berkhatan pada 28/11 tu miza..
Esok seminggu dah.. masa tu ikut khatan perdana.. guna smartklamp..
Smlm gi bukak klamp tu..
Tapi hari tak tanggal lagi corong tu..
Sepupunya dah tanggal .
Risau juga akak ni..
Nabil baru 8 tahun.. tahun dpn masuk 9 tahun.
Alhamdulillah... Lepas dah satu step..
Blogwalking sini dari Segmen Tinggalkan URL bersama Dunia Cik Akak :)
http://syaza-applemints.blogspot.my/
WAH DH BERKHATAN ALI IQBALYA TAHNIAH.. NAMPAK SEMAKIN HENSEM N MANIS WAJAHNYA...MAKLUM DH NAIK SKT STATUS DIRI TU...
alhamdulillah...berdebar tunggu masa ummar nak sunat pulak..ali iqbal darjah ba[e thn depan?
macam seronok je berkhatan tue hihi
alhamdulillah..mujur ali tak meragam masa tempoh berpantang
da nak meningkat remaja dah anak teruna akak
Post a Comment