sebelum menuju ke hotel
singgah lunch dekat Teluk Batik
kedai makan yang biasa kita makan bila kesini iaitu Restoran Silaturrahim
tapi malangnya kedai tu tutup
jadi kita singgah di restoran D Warisan
boleh tahan sedap, ada macam-macam lauk pauk jugak
ulam-ulaman, ikan bakar, gulai kambing dan daging juga ada
kita sampai lauk pauk dah hujung-hujung, jadi tak berapa banyak choices sangat walaupun nampak banyak terhidang, yg berkenan tu kurang sikit....dah ambik semua lauk baru perasan ada kari kambing, alahai melepas....
Restoran D'Warisan
air ambik dekat sini
sarsi, asam boi dan air kelapa, nak air lain or air panas boleh request
Gulai kambing dan daging
allysha makan ikan bakar, ali iqbal makan nasi ayam
balqish makan gula-gula ...lambatlah dia makan..
dah siap makan, teruskan perjalanan ke Swiss Garden Hotel, Damai Laut.
19 comments:
kalau dah makanan sedap boleh la singgah lagi nanti kan kak...
wahh, besarnya restoran die.. confirm ada macam2 makanan..")
meija, silaturrahim tu memang sedap kan, hat ni pun kak ana nampak banyak pilihan masakannya..boleh lah cuba jika ke lumut nanti :)
WAH BERCUTI KE TELOK BATIK YA..RASANYA KAK PERNAH SINGGAH ANJUNG WARISAN NI SEWAKTU KE SANA DULU...
best tu ke sana....blk mesti beli hasil laut
Kalau ke Lumut kak Zai suka beli ikan bilis, sotong kering dan satay ikan.
Swiss Garden salah satu hotel yang kak Zai suka, kat Melaka dan Kuantan pun ada.
Makan berulam ni kalau diamal sedari muda agaknya tak perlu sangatlah cari supplement yang mahal gak harganya dan belum tentu 100% herba tu ya...
Wah! Macam best aje :)
restoran yg hidang lauk kampung ni mmg feveret JM...terutama ulam2 tu, ikan bakar dan kari kambing..ohhh...terliur pagi2 ni
pernah nampak kedai ni tapi tak pernah singgah...nanti kalau ke lumut bila-bila boleh cuba lah..
banyaknya menuuu.. besttt..
Jom folo saya
besar restoren dia .. mesti ada macam3 laukpauk ^_^
singgah & follow
wah,sedapnya ikan bakar tu.menyelerakan sungguh.
ikan bakaq , sedap tuh. :)
salam singgah
ikan bakaq , sedap tuh. :)
salam singgah
Semalam suami ajak pergi breakfast dah lambat, nak dekat pukul 10.
Tukang Kebun instead ambil makanan sarapan, tengok yang untuk lauk-lauk for lunch pun dah panas tersusun. Terus lunch je dengan nasi campur.
puas tgk ikan bakar tu...mcm fresh sungguh...
Lama xjalan2. :)
Sedapnya..banyak pilihan
Post a Comment