September 29, 2015

Muar@ Pasar Karat

setiap kali balik ke Muar, mesti mata tak lepas memandang pasar karat ini
nak berhenti memang taklah sebab barang-barang sentiasa banyak dibonet kereta
tapi kali ni memang nekad nak pergi jugak, sekali tengok  memang barang buruk jerk kan
tapi suka sangat dengan barang-barang antik ni
ada sentimental value, teringat kat arwah nyaie dan tok juriah

dan baru hari ni berkesempatan ke pasar karat
pasar karat terletak di Kesang, Muar
Geram tengok pasu-pasu lama yang dijual
rasa nak beli 2-3 biji
tapi allysha mula menakut-nakutkan mama
nanti ada yang 'ikut' mama katanya
terus tak jadi beli banyak
beli sebiji untuk diletakkan di pancuran air hujan

basikal berpalang berharga rm1500

 ada beberapa kedai di sekitar sini.....bermakna ada beberapa taukeh disini

macam-macam ada....rambang mata...

 geram tengok tempayan besar-besar ni..atuk ada letak kat kebun sawitnya...
kalaulah dekat memang angkut bawak balik...hikssss


teko bunga kangkung

beli sebiji tempayan yang di perbuat pada tahun 50-an
dah diletakkan disini untuk menadah air ketika hujan lebat
dalam tempayan tu plan nak letak ikan puyu@ ikan betuk




4 comments:

paridah said...

batu giling dan batu pengisar pun ada tu...teringat dulu2 tolong atuk kisar tepung beras yg nak ibuat bengkang r kuih talam...di kampung kak masih digunakan lagi peralatan lama ni...rempah yg digiling utk awas gulai lbh sedap rasanya berbanding rempah yg dijual siap pek.

iryantyismail said...

Ada betulnya kata anak tu..maklumlah barang lama. Tak tahu mana puncanya..

Kat rumah yan ada 4 tempayan besar..buat tadah air..dulu harga rm 10

fazianbatrisyia said...

dah lama rasa nak singgah tapi mesti tak berhenti punya. Sy n hb suka apam balik inti kacang kat sblh kedai Tukang Jahit Lajat. Pastu ayam golek sedap kat depan gerai mee bandung central.

Sarazeta said...

Assalamualaikum...nk tny kat situ ada tk lesung kayu lama...sy mencari nk hadiah kn utk ibu sy...agak2 dlm baper harganya yer...sbb tgk pada harga basikal td 1500 mcm mahal kn...T.I.A