Kisah pelita raya
excited tengok pelita yang di jual dekat Tesco awal bulan yang lalu
belilah 5 batang
belilah 5 batang
5 batang tu mewakili kita sekeluarga
malam tadi dengan rasminya baru lah papa pasang selepas balik dari berterawih
nak bagi anak-anak rasa suasana
suasana bulan ramadhan, suasana nak raya
bagi mereka mengenali macamana rupa minyak tanah
sekarang rasanya dah tak ada org jual minyak tanah dekat sini
2 tahun yang lalu beli minyak tanah ni masa balik ke Kedah.
beli dan bawak balik kesini
balqish tukang buang sampul berplastik dekat pelita tu
ali iqbal tukang tarik sumbu pelita
perkataan 'sumbu' pon mereka tak tau....yang mereka tau, pelita sahaja
bila tengok papa memasang pelita, maka sedikit sebanyak mereka belajar benda baru
dah siap mennyala kesemuanya...
hoyehhhhhh.....
hoyehhhhhh.....
9 comments:
Seronoknya..SA x tau la tahun ni ada pelita ke x kat umah....
wah sudah terang laman rumah dgn cahaya pelita ya...indahnya malam ramadan yg semakin hendak berakhir ni...
Kebiasaanya yan pasang 2 ramdhan..tapi tahun nie agak terlewat .tak ada mood
Wah bila psg pelita semangat nk raya berkobar3...
Saya tak nafikanlah bagi mereka yang masih punyai anak kecil tentu mahu berbuat seperti itu demi kegembiraan mereka.
namun bagi saya kini, raya hanyalah biasa-biasa saja. Lampi lip-lap pun saya tak minat nak beli walaupun ibu_suri beriya-iya meminta.
Bagi saya, saya mahu simple sahaja.
Agaknya, inilah jiwa orang tua yang sudah hampir luput keghairahan dunia dan hanya imbau kenangan sahaja...
kak...nak senang beli ja yg solar tu, siang jemur malam menyala, hihihi, berapa henget saya x pasti la, tgk iklan2 kat fb jer, hihi
Semangat nak beraya datang bila lampu dah dipasang. Rumah dah siap renovation tentu cantik kan.
alamat seronok nyer!!!
umah aida takde tanah nak cucuk.
tak boleh la beli.
sebab tak cantik kalau ikat kat pagar :(
pelita = aidilfitri !!!
Diana tak jumpa=jumpa lagi pelita bila shopping keluar.
Minyak tanah biasanya sekarang nak mudah kami beli dekat kedai hardware ada jual.
Post a Comment