June 28, 2015

Kisah Shopping Raya 2015

Hari Ahad 28/6/2015, bawak mereka untuk shopping keperluan raya
semakin membesar semakin banyak kerenah dan berbeza  karektor setiap sorang
kalau dulu bawak mereka bershopping masing-masing cergas sahaja walaupun berpuasa
tapi tahun ni sedikit berbeza bershopping dalam masa yg sama mereka berpuasa ni
buatkan mereka juga tak larat nak jalan lama-lama, mesti nak cari kerusi nak duduk sahaja....

Hasilnya:
Allysha:  tak dapat apa...pilih...pilih...sudahnya tak ada yang berkenan...
Ali iqbal: sandal adidas & beberapa helai t.shirt
Balqish: Kasut  & beberapa helai t.shirts & pant


muka monyok sebab baru bangun tidur...moody sangat-sangat
tak nak berjalan...haihhhhhh pening mama & papa kalau masing-masing buat perangai

  budak tecit ni pon kalut dengan memilih kasut dia sahaja
ali iqbal dengan kakak ichaa tak boleh nak memilih....
aqish pon sama buat perangai
selagi tak jumpa kasut dia, dia tak bagi kakak ichaa dan ali memilih
kasut aqish  tak ada saiz dekat H&M ni
ajak ke tempat lain dah tak nak berganjak, puas memujuk..
akhirnya selepas papa membayar barang-barang lain dekat H&M barulah ok...tapi kakak dengan abang tak ada chance nak pergi butik lain, diajaknya pergi beli kasut aqish dulu

sudah jumpa kasut idaman hati...si frozen..baju pon dia dah dapat beberapa helai
so taklah bising sangat, kami berpecah dua, papa pergi cari baju ali iqbal

 dah dapat apa yg aqish suka...ali pon dah dapat jugak
now turn kakak ichaa pulak

papa tukang layan nak beli kasut yg jenis macamana....ini dekat sport direct...
utk sepetang ni khas untuk mencari kasut sahaja...baju-baju hari lain

 pergi sini pon tak berkenan jugak...adehhh mama dah lenguh kaki
ali dah landing...dia tak larat nak berjalan....
sementara menunggu kakak allysha memilih kasut idaman hati
meh kita ambik gambar bersama...hikksssss
ni dekat Nike kot..
dah petang, so kena stop dulu dari mencari keperluan raya
minggu depan kita sambung lagi...
penat melayan allysha, sudahnya satu pun tak ada hasil yang dia berkenan....





No comments: