February 28, 2015

Kisah Kenduri Kahwin Adik Lelaki

ya allah entry yg tertunggak lama
(terlupa nak publishkan, so abaikan entry lama ini)

letak dalam satu entry jerklah senang kan
untuk simpanan dan kenangan akan datang
gambar yg banyak jugak

semasa CNY Khamis 19/3/2015 jalan jem teramat sangat
dari Cyberjaya ke Muar memakan masa hampir 7jam
dari highway masuk jalan kampung
jalan kampung pon boleh tahan jugak jemnya
hati gelisah tak sampai-sampai sebab mengenangkan nak buat telor pindang

dah macam-macam ragam kebosanan ali dan balqish
fikiran nak balik cepat , nak sampai cepat
sebab nak kena buat telor pindang sebanyak 900biji
600 biji untuk telor itik sudah siap direbus oleh adik-adik yg balik awal kekampung

sampai kampung dah hampir jam 6 petang
rasa nak nangis sebab banyak masa dah terbuang ats jalan
sampai sahaja, solat dan terus menyiapkan bahan untuk telor pindang


dah siap tengek atas api, hasil kerjasama cik hubby dan adik-adik lelaki

siap rempah ratusnya.....rebus sepanjang malam, sepanjang hari
bahan-bahannya: daun senduduk, daun manggis, daun jambu batu, daun lengkuas & lengkuas, daun serai dan serai, bawang dan kulit bawang, kulit kayu manis, jintan 3beradik.
balqish nak jugak cuba basuh cawan sehari sebelum majlis
  packing goodies bag utk para jemputan
hasil kerjasama sepupu sepapat yg masih muda-muda :)

hasil tangan adik-adik lelaki dan ipar perempuan  sehari sebelum majlis, adik-adik bergotong royong membuat tempat makan pengantin sendiri. Tanpa upah dari mak andam. Perkakas seperti Kain, skirting, bunga ada dalam simpanan, makcik tinggalkan dekat rumah kami memandangkan beliau dah tak ambik tempahan untuk majlis perkahwinan. Bilik pengantin juga kita buat sendiri. Jimat sikit.
baju kerusi esoknya baru pasang, takut hujan pulak pasang awal-awal.

sepupu sepapat yg muda-muda tolong hiris bunga rampai untuk acara tepung tawar majlis esoknya.
begitu juga dengan bunga manggar, mintak mereka yg muda-muda remaja buat

org kampung yg datang rewang waktu malam, potong bawang, daging segala
ini gang potong daging bangsal lain
gang potong bawang bangsal lain
dah siap kerja, mari pakai inai

excited nak pakai inai budak kecik ni
akhirnya tertidur bila aunty zura siap pakaikan
paginya sibuk pulak nak masak lauk pengantin, memang pengsan kalau semua buat sendiri
org kampung sekadar tolong sikit-sikit jer, ada baik dan buruknya rewang ni
 siap masak lauk pengantin, siap untuk hidang wrapping pulak
turn kakak nak pergi ambik cake pengantin pulak
org kampung tengah membungkus berkat untuk org-org yg rewang

tanpa di sangka, dik ha membawa alat aiskrim goyang ni utk projek studynya...
kami tinggal tambah beli kayu sate dan air gas. Tengah test nak buat aiskrim.

gang-gang perempuan pulak take turn buat aiskrim goyang

selepas acara berkompang, bersilat dan tepung tawar pengantin pun menabur duit syiling dan gula-gula berebut-rebut kanak-kanak
 tak sempat nak ambik gambar masa tetamu tengah ramai. bila dah reda tu adalah 2-3keping sahaja.

uncle joe & aunty murni - majlis pada 21/2/2015


habis jerk tetamu bersurai, kami pon memulakan acara mengemas...terimakasih dekat sanak saudara, sepupu sepapat yg turut menolong mengemas, esoknya sambung cuci periuk pulak. Periuk kawah tu bukannya 2-3 biji tapi ada dalam 5-6biji...pengsan....kena bahagi-bahagi kerja, yg mengemas, yg audit, yg lap pinggan dah cuci, dan tukang masak makan tengahari.

 
time untuk makan dan rest. semua pinggan mangkuk periuk belanga dah siap bersih.


tq acu sponsor kek birthday utk 4 boys


inilah bezanya kenduri secara rewang dengan kenduri yg bayar terus untuk katering
kalau rewang penatnya sampai ketulang dan tak sempat nak beramah mesra dengan family yg datang
kalau katering kita goyang kaki, boleh borak-borak jumpa sedara mara

No comments: