Malam tadi buat air serai+limau nipis, sedap dan bagus di amalkan.
Suka letak serai banyak-banyak, baunya semerbak satu rumah bau....
Boleh buat banyak dan simpan dalam fridge or bawak pergi office minum sepanjang hari pon best :)
Ali dan aqish suka air serai nie, tapi allysha tak layanlah air pelik-pelik nie :)
Air serai yang banyak khasiatnya seperti di SINI
Kebaikannya:
- Anti kanser
- Anti oksidan
- Proses pembuangan toksik dari badan
- Menstabilkan tekanan darah dan kolestrol
- Sembelit
- Demam dan Selsema
- Senak Perut
- Artritis, Gout dan Sakit Sendi
- Angin dalam perut
- Mengatasi masalah haid
- Merawat jeragat dan jerawat
RESEPI AIR SERAI+LIMAU NIPIS
- serai (5-6 batang) hiris dan ketuk (lebih suka letak serai banyak, sedap rasanya)
- limau nipis (satu biji)
- Madu (ikut citarasa) nak manis or manis-manis buah sahaja
- serai yang dah dihiris dan diketuk + letak air, masak hingga mendidih
- biarkan sehingga mendidih
- tutup api dan biarkan sejuk.
- bila nak minum, perahkan limau nipis + madu
- hidangkan.
7 comments:
ganti dengan serai wangi boleh tak?
Xpernah try lagi.. Teringin pulak k.mieja
hubby ada gout..bole cuba neh kak...binik p masak telor sotong ari ni.kekekekeke
Zumal pun nak try buat la ^_^
Cik Mona: serai wangi utk mandian....baunya semerbak wangi dekat badan....kena pakai serai biasa:)
Haza: trylah...sedappppp :)
Ila: try buat...senang jerk....letak madu...:)
byk khasiat nya... nti boleh cuba.. skrg ni suka beli serai.. bt msk2 jer.
Blh try ni kak. Skrg kan musim air detox. Hehe
Post a Comment