Sabtu dan Ahad, kami berada di A Famosa Melaka.
2 hari 1 malam di sini.
Nak review sikit pasal tempat nie
Mahal dan tak berbaloi especially dekat Water Park.
Entrance fee ala-ala international tapi bila dah masuk dalam style kampung
Ramainya orang, rasa kesian tengok mereka datang jauh-jauh
siap bawak atuk nenek
tapi hampehlah services mereka
Datang sini sebab papa ada perjumpaan dengan kawan-kawan 'u' mereka
so, menempel sekali kat sini.
Kepada yang berniat nak datang sini, rasanya baik lupakan niat bercuti disini
kalau nak bawak anak-anak yg ada water park
water park paling bagus dekat Malaysia nie, Sunway Lagoon - ada life guard
dekat sini, tiada life guard, kecuali tempat yg betul-betul bahaya
maintenances out
facilities out
tempatnya kotor
tube/pelampong kena bayar
dah masuk mahal-mahal, tak include dalam tu sekali
memang betul betul perah hisap duit yg datang sini
air kotak pon mahal dekat sini, kow-kow dia perah duit
Parking pulak setiap kali keluar nak masuk semula kena bayar RM3
kalau 3kali keluar dah rm9
1st time jumpa water park yg sangat teruk
kalau murah tak derlah berbunyi, sebab faham standardnya
tapi sebab mereka charge entrance fee ala-ala international
tapi tak berbaloi...ala-ala kampung mari...
Bukit Merah Lake Town entrance feenya mahal
tapi puas hati sebab bersih dan ada life guard di setiap park mereka.
Apa-apa pun dalam Malaysia nie, Sunway Lagoon adalah paling best.
Mood Christmas sepanjang jalan, malam-malam cantik...penuh cahaya lampu.
Allysha pergi main dekat tempat dewasa.
No comments:
Post a Comment