July 23, 2013

Petua: Minyak Zaitun

Sudah termaktub dalam buku-buku pemakanan islam & ulama, amalan minyak zaitun sangat bagus di amalkan. Pelbagai khasiat dari minyak zaitun, diantaranya buasir, mengurangkan kolestrol, menguatkan daya ingatan, mencegah kanser, mencantikkan rambut & kulit, dapat melambatkan proses kedutan & penuaan (awet muda).

Perlu berhati-hati memilih minyak zaitun sebab ada 3 kategori. Pilihlah 'Extra virgin olive oil'.
Nak tau 3 kategori tu bolehlah googgle.


Antara yg mama suka amalkan adalah:


Untuk Memasak

Untuk sesisi keluarga, dalam pelbagai masakkan mama suka pakai olive oil utk menumis,  utk mengoreng telur, utk nasi goreng, mee goreng, dan lain-lain. Kalau rajin masukkan 2sudu besar kedalam nasi yg baru mendidih sambil berselawat, khasiatnya..insyaallah seisi keluarga dapat....


Amalan Harian
Minum satu sudu besar olive oil setiap hari.  Boleh dicampur dengan habatussauda. atau jarakkan pengambilannya iaitu  minum satu sudu olive oil, lepas tu ambik beberapa biji habatussauda.

habatussauda nie dari Lubnan, asli belum di campur dgn pelbagai bahan. Org arab dekat sana rata-ratanya menjual habatussauda di setiap gerai. seronoknya kalau m'sia seperti itu.

Habatussauda menjadi supplement utama bg org-org arab, anak-anak kecil, baby, ibu mengandung, dewasa dan org tua. bagus utk membina kesihatan & otak. Masa adik bertugas di Lubnan, dia kata habatussauda menjadi supplement utama org-org arab.


Snack Harian
Sapu keatas roti bersama olive oil &makan. Jadikan ia rutin harian.




Cuci muka

Cara yg mama suka buat seminggu sekali, ambik satu sudu minyak olive letak di atas tapak tangan. Baca selawat 3kali, sapukan minyak tadi dari dagu naik ke atas. sapukan kemuka sehingga rata.

biarkan dalam setengah jam (dalam masa nie kita boleh buat kerja-kerja rumah, sidai kain, cuci pinggan dll).
biarkan minyak tersebut masuk ke liang roma-roma
bila dah cukup setengah jam
buangkan dgn kapas kotoran makeup dimuka
urut dgn jari jemari kulit muka

ambik towel muka, yg dah direndamkan dalam air suam.
tekapkan keatas muka, bersihkan.

dah bersih, tekapkan dengan  towel sehingga terasa kesejukkan.
pori-pori yg terbuka disebabkan air suam tadi akan mengecil semula bila towel kembali sejuk.

bilaskan dgn air
sehingga kulit terasa bersih.
(lakukan seminggu sekali sahaja).



"Makanlah buah zaitun dan pakailah minyaknya kerana ia berasal dari pohon yang diberkati' at tarmizi 7/44, shahih

No comments: