" dulu masa mama kecik-kecik macam allysha, mama selalu perhatikan nenek bila masa makan mesti ambik nasi separuh sahaja dan mesti menjadi rutinnya makan tak akan bertambah. Tiap kali itu, mama akan tanya kenapa mak tak tambah nasi lagi? tapi nenek tak pernah jawab soalan mama dan sekarang soalan itu allysha ajukan kepada mama, kenapa mama tak pernah makan bertambah? tapi mama juga tak pernah jawab lagi soalan allysha tu"
Dan bila mama meningkat remaja, form 1 mama dah start tiru macam nenek, makan mesti tak suka bertambah nasi sehinggalah ke hari ini. Amalan itu dah sebati dalam diri mama.
Dan sekarang barulah mama dapat jawapannnya, amalan yang nenek amalkan ini sangat bagus. Bila kita dah berumur 30-an, dah beranak pinak barulah mama dapat jawapan ini.
Untuk allysha, kalau nak tau jawapannya awak kena amalkan mcm nenek & mama :) bila awak besar nanti, awak dapatlah jawapannya. Sekarang awak kena makan banyak sebab awak nak besar, nak tinggi, nak sihat, otak perlu berfikir dengan baik....Ini ayat yg nenek selalu pesan, bila mama praktikkan makan nasi tk bertambah masa zaman remaja:)
PS: Amalan pemakanan berkait rapat dengan tubuh badan kita. Bagus makan mengikut jadual yg kita tetapkan. Jangan makan-makanan yg berminyak dan berlemak, jangan makan jajan, makan meremah tak berhenti, jgn makan bersulamkan air....itu boleh jadi perut kita menjadi buncit jugak.
6 comments:
teringat masa dalam pantang...makan nasi mak tak bagi tambah...menimbun nasi jenuh pulak nak hbiskan...hehehe...
sama dalam macam saya dlam pantang mkn tak boleh tambah.tapi saya perasan, klu time biasa pon tak boleh nak tambah sbb klu tambah mst tak abis..agaknya klu dah biasa jadi mcm tu kot..heheheh
Waaa...ini mcm nabil tag line...lu fikir la sendiri...tp x diluahkan dgn kata2. patutla akak cumel jek
ye juge kan.. tapi bila lauk sedap, tak leh tahan nak tambah..
hehehe... patut maintain jek kmieja.. :)
byk petua org dulu2 yg bagus utk kesihatan kita kalau diamalkan
Post a Comment