Ini khas utk allysha.
Mereka semua bangun lambat, keletihan sebab banyak main air semalam.
Maka perjalanan ke Muzium jugak agak lambat dalam pukul 11am
sementara tunggu mereka bangun
papa sempat ronda-ronda cari tiket utk ke Pulau esok.
Kejutkan mereka breakfast dulu
mandi kemudian
bila dah dalam tab pon bukan main lama jugak
alahai....memang tak boleh buat itenary padat dalam sehari
satu hari utk satu agenda sahaja
selebihnya aktiviti bebas
kalou idak penat nak mengelola pelbagai kerenah
Terlupa nak check museum nie dekat area mana masa kat bilik td, maka surf sekejap. Museum ini terletak dekat Jalan Rawai, agak jauh jugak perjalanannya. Satu perkampungan yg majoritinya muslim.
Masa untuk mencari tut tut.....
Sudah sampai.....ada mcam-macam siput dalam museum tu...semua siput-siput itu adalah koleksi yang terdapat dekat sekitar pantai phuket.
Allysha depan pintu muzium
Salah satu koleksi siput :)
Masa utk balik...dah terasa kepenatan. Uncle drebar nie kata masa tsunami dia sempat selamatkan diri lari ke tempat tinggi, tp malang adiknya meninggal masa kejadian tersebut.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik (area Rawai) ada banyak gerai-gerai muslim tepi jalan yg jual goreng pisang/keledek/ayam goreng. Excited nak beli :)
Tapau siap-siap utk dinner jugak sebab mlm nie MAS vs Indon Sukan Sea, maka papa tak mou keluar ronda-ronda, duduk dlm bilik sambil layan bola online...allysha & ali layan games...boring-boring dia pergi kat lobby main komputer kat sana.
As usual, kedai makan pilihan allysha. Kedai makan depan masjid besar patong.
No comments:
Post a Comment