June 2, 2009

Mama@Pantang


Hari nie dah 8 hari berada dalam pantang. Tapi dalam 8 hari nie mama baru pakai bengkung 2 kali, lepas tu terpaksa stop disebabkan contraction dan bleeding. Sakit bila pakai bengkung, kebetulan ada jahitan yang membengkak hari tu, nasib bengkak kejap jerk dalam 2 hari.




Baru start berbengkung & bertungku 03-06-2009 semula. Perut pun dah surut bengkaknya. Ini bengkung turun temurun dari mak, mama suka bengkung tiang sri nie......sedap pakai, cepat kempis perut kalau pakai siang & malam.


Dalam pantang semua mama makan kecuali HINDARKAN yang sejuk-sejuk dan yang gatal-gatal. Lain-lain makanan mama makan macam biasa.



Menu utama mama makan sup ikan haruan selama seminggu, ikan goreng & sup lobak putih. Untuk breakfast/minum petang/malam mama ambik susu segar, susu coklat, horlick, horlick cereal, roti, roti planta, roti + jem, coco-cruch+ susu segar, honey star+susu segar, biskut jagung.


Untuk breastfeed, kena makan 6 kali setiap sessi.


Untuk Suplement pulak, mama ambik gamat healin, bidadari dan supplement dari doctor (untuk masa ini). Nextweek boleh start minum minyak celak untuk 'batu meriam', Selepas 3 weeks baru makan jamu dan supplement yang lain.



Untuk cucian cik bunga, mama rebuskan air asam keping, cuci suam-suam untuk mengecutkan jahitan. Buat 4 kali, cepat kecut.



No comments: