Menu untuk bersahur malam tadi: Pecal. Hehehhehe akhirnya dapat gak belajar macamana nak buat pecal ikan. Pecal ikan pari yang paling simple...ada setengah org bagi belacan....tapi mama buat yg paling simple jerk.
Bahannya:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Ubi kencur@cekur
Cili 7biji
Daun kecur dihiris halus utk tabur sbg hiasan
Santan 1 biji
Ikan Yang Sudah Di bakar.
Cara masaknya:
Tumbuk semua bahan-bahan di atas, masukkan ke dalam santan, kacau hingga sebati. Letak garam secukup rasa. Ikan yang sudah dibakar, masukkan ke dalam kuah pecal tersebut. Kalau ikan pari, siat kecil-kecil, kalau ikan biasa potong ikut citarasa sendiri. Dah sebati, masukkan hirisan daun cekur tadi.
Ini jerk yang tinggal, bangun sahur semua org dah siap makan. Dah licin hehehhehe.....
Beli cekur kat pasar, puas hati dapat banyak sangat RM1.00 sahaja. Lebihan daun cekur dari buat pecal mcm kat bawah.
3 comments:
1st time dengar :)
Agaknya org Muo suka lauk ni ek! simple & sedap kan...sy pun org Muo. Nanti raya k.Mieja turn raya mana? Saya raya side hb dulu...raya 3 baru balik. Kalau sudi dtgla raya 3 tu...sy ada kat kg.
sedapnye kak pecal tuh..terliur la. kite suka pecal lele mak mentua masak. lama da nak masak sendiri tp daun cekur tuh susah betoi nak jumpe.
Post a Comment