Di atas segala ekperimen mama, test sana sini...mama dapat banyak jawapannya selepas mengamalkannya. Kalaou niat utk bf anak, dari awal pregnant makanlah makanan yg membanyakkan air susu, kurma paling bgs dan mujarab ketika pregnant. Insyaallah ia tak akan mengecewakan.
Dan rajin-rajinlah bersihkan liang-liang puting susu, sebab liang-liang tu akan berdaki/berkerak kulitnya. Beruskan dgn berus gigi yg bersih, kuis-kuiskan kan liang-liang tersebut. Ini ajaran dari kakak Rokiah kat hospital Pantai dulu.
Sentiasa ingat yg kita menyusukan anak, maka setiap pemakanan yg kita makan harus dijaga. Makan makanan yg membanyakkan air susu setiap hari. Apa yang kita makan menjadi ruji harian, maka susu akan sentiasa banyak compare kalau kita tk jaga pemakanan, macamana susu nak jadi banyak, kalaou kita tak jaga, bila terasa dah kurang barulah kita cuba sedaya upaya menjaganya.....walau apapun bila kita jadikan makanan yg membanyakkan air susu menjadi ruji harian kita, insyaallah susu tak akan putus, disamping jadual pengepaman & letdown yg sentiasa kita jaga.
Cuba elakkan teh/kopi/ais/air bergas/makanan yg sejuk/bisa. Semua nie blh merudumkan susu kita...ada segelintirnya tahan dgn minuman/makanan ini...tp mama jenis tak tahan, kalau try mesti susu akan sedikit merudum.
Pengepaman yg berjadual juga sangat penting. Maka jangan lalai untuk mengepam selagi anak kita belum mencapai 2 tahun, ini tanggungjawab mama yg harus di pikul. Walau sakit melecet macamana sekali pon, kesianlah kat anak, anak lagi penting utk mendapatkan susu ibunya.....sakit boleh di tahan, tapi kalau susu semakin kering, mana kita nak cari susu utk gantikan susu terbaik itu....jangan menyesal dikemudian hari, tiada gunanya...selagi boleh mencuba, cubalah utk bf bayi kita.
Petua untuk dapatkan banyak air susu, pamlah seawal 3 hari selepas melahirkan baby. Sebab mama lepas 3 hari baru ada susu, jdk hari pertama dan kedua mama dah start mengepam walaupun susu masih belum keluar. Bila dah ada rangsangan mengepam, maka susu sedikit demi sedikit akan jadi banyak....yg seronoknya susu akan melebihi permintaan...alhamdullilah.....itu ekperimen yang mama buat masa zaman allysha begitu juga zaman ali.....semakin kita rangsang utk mengepamnya, semakin bengkak susu kita setiap 2jam sekali, syukur sangat.....:)

No comments:
Post a Comment