Ooooohhh...tiba-tiba malam tadi terpikir apa yang dikata ..apa yang di dengari dari kenalan, dari saudara mara dan rakan-rakan sekeliling.....kenapa mesti kata?
Kenapa mesti kata air susu tak ada sebab tak berurut di awal kelahiran?
saya rasa fakta tu macam kurang betul...mengurut adalah salah satu cara untuk meluruskan semula urat-urat susu yang tersimpul.
Setiap ibu mempunyai bekalan susu yang cukup untuk bayinya.....tapi kita sebagai ibu kenalah berusaha untuk merangsangnya. Bagaimana untuk merangsangnya?
Di awal kelahiran, perlulah memberi kerap bayi menyusu, mengepam agar rangsangan itu datang secara semula jadi. Semakin kerap/banyak kita merangsang untuk menyusukan bayi kita, maka banyaklah susu yang di hasilkan.
Jangan salahkan susu tiada kerana tak ber 'urutan', rangsangan adalah sangat penting di awal kelahiran.Hisapanlah yang dapat merangsang susu keluar. Disamping kita berusaha menyusukan bayi, usaha juga untuk mengurut saluran susu yang tersimpul/tersumbat.
Rangsangan dari bayi adalah sangat-sangat penting untuk kita meneruskan penyusuan di awal kelahiran. Begitu juga pengepaman dapat merangsang susu keluar dengan banyak.
===ku hanya berkongsi apa yang kubaca, kelihat, kurasa dan ku praktikkan===
No comments:
Post a Comment