June 16, 2009

Review Pasal PISA

Inilah beg PISA Mama. Dalam tu ada pelbagai aksesori medela yang disertakan.


Susu mama sepanjang minggu nie 15-16 june 2009.
Mama nak citer apa rasa guna PISA.

Masa mula-mula pakai rasa macam tak best...mungkin sebab tak serasi lagi.....tapi bila dah lama-lama pakai (skrg dah nak masuk 3 minggu), baru rasa keseronokkannya. Bila mengepam tak rasa sakit, slow jerk suction PISA, tapi susu keluar dengan laju dan disamping tu PISA ada letdown bila dah beberapa minit suction. Button letdown pun ada, tapi mama tak pernah guna lagi, sebab letdown yang ada dah cukup untuk susu keluar dengan deras.

Mama akan habiskan masa untuk mengepam selama 10-15 minit. Biasanya 10 minit dah siap....dapat 7-13 oz. Ikut kebengkakan breast masa mengepam.

Seperti pepatah ' Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Sekarang ku telah jatuh cinta dengan PISA (ayat gedik...kekekkekek).

Kepada kengkawan yang sedang mencari pam yang sesuai, trylah PISA. Sebab ia dalam bentuk letrik + bateri. Ada disertakan aksesori lain juga sprt botol, beg kecil + tempat letak ais, breast pad, plastik susu medela, charger utk bateri, info pasal susu ibu, sepasang extra membran (tak taou nama, getah putih tu), apa lagi? lupalah...malas nak godeh2 beg pam tu..Untuk kelahiran sulung memang berbaloi beli yang double pam & persiapan pelaburan untuk susu ibu, untuk kegunaan anak-anak yang lain juga.

No comments: