June 1, 2009

25-05-2009 @ Induce



Baru hari nie ada kesempatan untuk buka notebook nie.....baru rasa diri kuat sikit.

Isnin 25-05-2009

Hari untuk di induce akhirnya sampai juga, walaupun dalam hati tak nak di induce seperti Ali Iqbal (38weeks), tapi di sebabkan dah ada tanda-tanda 3-4 hari sebelumnya, maka papa paksa mama call klinik tok mid. Kalau ikutkan appointment induce pada pukul 8 pagi, tapi mama saja melambat-lambatkan untuk kesana. Dah pukul 11 pagi mama baru call klinik tok mid, cakap kat sister kalau mama tak rasa sakit, boleh tak tak payah induce....tapi akak-akak kat situ garang-garang, habih mama kena marah....lagi plak tanda-tanda untuk melahirkan dah ada...'tanda air' keluar, tapi tak kerap...kadang-kadang jerk. Lagilah mereka bising. Mama call kak ana tanya kak ana nak pergi hospital ke tak? kak ana call tok mid, tok mid suruh masuk labour room jugak....mama barulah siap-siap packing barang.

Ambik Allysha kat sekolah, bawak Ali Iqbal pergi lunch dulu baru hantar ke nesery. Terus ke hospital. Sampai kat hospital pukul 2.30 petang, masuk terus ke wad labour room. Dalam pukul 3 petang, nurse check bukaan.Bukaan dah buka dalam 3 cm. Mama ingatkan oklah dah buka 3cm, cepatlah proses bukaan ke 10cm, tapi rupa-rupannya lambat jugak.

Mereka drip air, aduhhh nak kena cucuk plak....nie buat mama rasa takut....cucuk-cucuk tak kena urat plak, kenalah cabut semula jarum tu...cucuk semula....itu baru permulaan. Lepas dah drip air, lama kelamaan mama rasa sakit pinggang.....ingatkan lenguh sebab baring atas katil....tapi rupanya lenguh sebab drip air tu.....dah lenguh sangat, mama duduk atas katil....makin lama duduk, makin sakit pinggang......ishhh napalah.......bila papa tanya kat nurse, rupanya itu salah satu kesannya.

Dalam pukul 6 lebih hingga ke 8 malam, mama dah tak tahan....sakit datang selang 5 minit contraction. Masyaallah, sakitnya tak terhingga......mereka suggest ambik epidural, tapi mama tak nak....bila mengenangkan masa ali iqbal ambik epidural. Tapi sakit yang datang mama tak boleh nak tanggung...papa suggest better ambik epidural bagi merngurangkan sakit.Nurse-nurse yang tengok juga mereka kata mama tak mampu nak tanggung sakit tanpa epidural. Akhirnya, mama setuju untuk mama ambik epidural. Tak sanggup nak kena cucuk....uhhhh baru mama tersedar yang mama nie penakut jarum.....doc jamsari (pakar bius) pun sampai...mereka lakukan procedure selanjutnya.......cucuk 2 kali di antara tulang belakang. Lepas selesai procedure, barulah rasa lega ....tak sakit...berbeza cara doc jamsari dgn doc pakar bius masa ali iqbal dulu. Doc jamsari better cara dia buat....mama boleh borak, boleh tidur dengan nyenyak....sedar bil nurse datang check.

Dah pukul 12.30 pagi bukaan baru 4cm, masyaallah lamanya.....tidur lagi.....papa tidur dalam kesejukkan aircond hospital. Dah pukul 3 - 4 pagi mereka mula buangkn air melalui tiub. Pukul 5 pagi dah 7 cm...mereka dah standby untuk call tok mid. Pukul 5.30 pagi mereka dah tolak segala peralatan....tunggu tok mid sampai. Pukul 5.45 pagi tok mid sampai, procedure di lakukan. Disebabkan mama tak rasa apa-apa di sebabkan epidural, rasa kaki kebas macam gajah...nak angkat pun tak rasa, maka tok mid fully vakum baby. Pukul 5.51 pagi, Balqish selamat di keluarkan.

Alhamdullilah......jahitan hanya selapis, tapi panjang.

Tapi mama alami contraction selang 5 minit sekali sepanjang 5 hari selepas melahirkan, hanya allah swt sahaja yang taou macamana sakitnya. Balik rumah masih terbaring.....tak der daya nak sms kawan-kawan bagi tahu yang mama dah selamat melahirkan.....semua tertanya-tanya....


http://widget-0e.slide.com/widgets/slideticker.swf" height="320" width="426" style="width:426px;height:320px">http://widget-0e.slide.com/widgets/slideticker.swf" />


No comments: