May 12, 2009

PISA & Playtex

Baru hari nie mama ada masa nak snap cik PISA dan playtex mama. (Kalau aunty rehan tengok, ginilah rupanya PISA ku ini).

Kenapa pilih PISA?
Oooooooohhhh bukan saja-saja nak pilih PISA, tapi selepas membelek, mengkaji, membaca segala fungsi-fungsi segala pam yang berbrandkan mendela, maka mama rasa PISA adalah yang paling sesuai untuk mama.

Untuk wanita yang berkerja dan kerap mengepam lebih dari 5 kali sehari. Dan paling penting ada punat untuk dapatkan 'letdown' andaikata masa nak mengepam susu, tak berapa nak ada air susu. Dan boleh guna bateri juga andaikata masa mengepam tu letrik terputus.

Berat tak beg tu? Mama dah biasa bawak banyak beg pergi opis....so, tak der masalah kalo berat beg PISA nie...berat tak derlah macam bawak batu tu....berat yang masih boleh di kawal.

Zooommmm gambar kat bawah:












No comments: