Pasal pam lagi...nie pendapat mama, kalau kawan-kawan yang baru pertama kali melahirkan, pada pendapat mama, better beli pam yang elok & bagus terus. Jangan sayang duit, biar mahal sedikit, tetapi pulangannya setimpal dan berbaloi untuk seisi keluarga.
Jika tak nak beli pam, tapi masih berhasrat untuk menyusukan bayi kita secara ekslusif sehingga 2 tahun, boleh telefon ke HQ Medela, Dataran Palma, KL (info ada seperti kat bawah nie lacta-equip). Boleh tanya kat staff di sana, mereka sangat-sangat peramah dan suka membantu especially kak siti.
Anda boleh call dan minta sebut harga untuk menyewa pam dari HQ, boleh tanya kak siti - staff medela. Kita boleh menyewa selama 2 tahun. Boleh bayar sewa yang kita sewa pam itu setiap bulan. Ini salah satu pengalaman kawan mama, kesemua-4 orang anaknya menyusu badan sehingga 2 tahun hanya dengan menyewa pam medela sehingga anak-anaknya berusia 2 tahun. Rasanya jimat juga. Kalau ada problem, hantar ke Medela HQ, mereka akan repair. Medela juga menyewakan pam-pamnya di setiap hospital kerajaan.
Atau pilihan seterusnya dengan membeli pam susu, bila kita membeli pam bermakna kita kena membuat pilihan yang bijak dan tepat. Kena cari pam yang betul-betul sesuai dan berbaloi untuk menyusukan anak kita. Kena tengok function setiap pam tersebut. Ada tak rangsangan untuk mendapatkan letdown, sesuai atau tak kekerapan untuk mengepam dengan setiap 3 jam sekali, kalau rosak kat mana nak service, pelbagai faktor kita kena ambil kira. Sebab pamlah nyawa kedua kita untuk memberi susu untuk bayi kita.
Nie info untuk medela pam elektrik, segala functionnya ada dinyatakan di sini:
Untuk info medela: http://www.medela.com/
Setiap pam ada di nyatakan fungsinya mcm kat website kat atas nie. Nanti anda akan tahu dan boleh nilaikan mana yang bagus untuk anda dan bayi anda. Kenapa mama suggest PISA? sebab ia sesuai untuk ibu-ibu yang berkerja dan aktif mengepam. Walaupun beratnya dlm 3-4kg, tapi pada pendapat mama yang penting boleh mengeluarkan susu dengan sempurna dan banyak. Yang penting mesti ada rangsangan letdown kedua-dua belah breast. Dan boleh buat double pumping. Ianya 2 in 1 (Letrik & Bateri). Bila letrik tak der or dalam kereta, bolehlah pam kalau breast dah bengkak susu) tak payah cari plug untuk mengepam.
Tunggu my aunty bawakan PISA baru mama...yeahhh tak sabar...tak sabar.....sapa-sapa nak order, sekarang Medela tengah sale. Medela swing juga ada less, sapa yang berhajat nak swing-swing tu:):)
No comments:
Post a Comment