February 6, 2009

Surah Thaha(AnakNakal)

Bacaan dari Al-quran yang boleh di gunakan untuk mengurangkan kedegilan dan panas baran anak atau suami seperti kat bawah ini:
  • membaca surah THAHA ayat 1-5
  • membaca surat ilkhlas, fatihah & ayat kursi (1kali)
  • membaca bismillah (3 kali)
Telatah Anak Yang Berusia 1-3 tahun Suka Meneroka:

Tingkah laku aktif seperti memanjat dan membuat eksperimen sering di salahertikan ibu bapa yang mula beranggapan anak kecil mereka nakal.

Anak kecil peringkat 12-36 bulan adalah kelompok yang sangat unik dalam usia ini mereka baru belajar mengenal diri dan membengunkan kemahiran kendiri.

Peringkat ini juga adalah tahap pembangunan kedua usia anak kecil selepas bayi yang mana alam tempoh ini, kanak2 ini mula belajar bertatih dan bertutur serta kemahiran kendiri lain. Pakar kanak2 menyatakan anak kecil pada peringkat ini unik dan menarik berbanding peringkat umur yg lain kerana karektor kanak2 sungguh menawan dan membuatkan sesiapa melihat kerenah mereka tersenyum. Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Rumaya Juhari, berkata ibu bapa perlu menghargai Keunikan setiap anak dalam lingkuan umur sebegini.

Katanya peringkat umur ini wujud beberapa perkembangan dalam diri anak-anak termasuk mula bertatih, belajar bercakap dan mengikut aksi org dewasa. Beliau berkata, aksi kanak2 dalam lingkungan umur berkenaan menyebabkan mereka aktif dan adakala sukar dikawal dan mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

'Saya rasa nakal satu perkataan yang agak keterluan untuk anak umur ini. Ciri ego yang ada dalam diri anak-anak pada peringkat ini menyebabkan memusat hanya kepada diri sendiri. Ini adalah ciri utama mereka'.

"Maka anak2 ini berasakan tiada apa yang lebih baik, penting dan bagus selain dari diri mereka" katanya.

Dr. Rumaya berkata, pada peringkat umur berkenaan, penerokaan menjadi tugas penting mereka kerasa sentiasa mahu mengetahui, mencuba dan merasa. Bagi mereka yang lebih cepat bercakap berbanding kanak2 lain, sudah tentu soalan demi soalan dikemukakan kpd ibu bapa atau org paling rapat dgn mereka.

Kemahiran fizikal juga semakin meningkat apabila menyedari mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada sebelumnya seperti berlari laju, lebih stabil, boleh memanjat, mengimbang diri dan sebagainya.

Kerenah anak-anak juga semakin bertambah termasuk sudah pandai memilih makanan seperti sedap dan tak sedap, tidak mahu makan atau hanya mahu makanan ringan sprt keropok dan gula-gula.

Perlu di ingat pada usia sebegini, anak-anak kecil ini berupaya membuat keputusan memilih seprti pakaian yang digemari, atau alat mainan di sukai malah sudah pandai meragam apabila disuruh tidur atau mandi.

Dr. Rumaya berkata, pada usia sebigini ibu bapa jgnlah melabelkan anak mereka sbg nakal kerana sebenarnya tidak begitu sebelaliknya anak-anak sudah mula pandai buat 'perangai'atau menunjukkan tantrum iaitu melakukan sesuatu kerana faktor lapar, letih,sakit,cemas atau bimbang, bercanggah kemahuan, irihati dengan adik beradik yg lain.

Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak mahukan perhatian dan sangat penting untuk ibu bapa melayan anak-anak ini.

Layanan ini termasuk memberikan perhatian kpd keperluan emosi anak selain keperluan fizikalnya termasuk membabitkan diri dengan aktiviti anak supaya mudah utk menyedari perubahan dan keperluan anak-anak dengan lebih tepat.

"Umur ini sangat kritikal kerana mereka umpama span yg akan menyerap maklumat yg diperolehi, mereka juga boleh meniru dan ada yg menjadi ''ilmu'' yg kekal hingga dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak sprt jangan biarkan menonton rancangan ganas di televisyen.

''Ibu bapa juga boleh merangsang perkembangan intelek anak2 dengan kerap membaca bersamanya (walaupun dia belum pandai membaca). Tanam minat suka membaca dengan memberi contoh yang anda juga suka membaca".

"Ibu bapa juga boleh belikan alat tulis untuk membantu perkembangan kreativiti anak2 walaupun mereka belum pandai menulis. Lakaran dan contengan anak2 adalah kreativiti mereka, katanya".

Bagi mengeratkan hubungan dgn anak, ibu bapa perlu membentuk rutin harianbersama anak terutama bagi mereka yg berkerja.

"Awas masa yang berlalu tidak akan patah balik, dan kita mungkin akan terlepas sesuatu yg amat berharga. Jangan dilepaskan peluang melihat perkembangan anak-anak ini", katanya.

TIPS UNTUK IBU BAPA MELAYANI ANAK 1-3 TAHUN

Anak-anak dalam usia setahun hingga 3 tahun sedang mengembangkan dirinya. jadi ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah juga memberi rangsangan utk anak berperangai baik.

Elakkan perlakuan kasar. Jika ibu bapa kasar, itu yg akan ditiru oleh anak termasuk bahasa dan perbuatan.

Ibu bapa perlu mengelakkan drpd bergaduh atau bertengkar de depan anak kerana dalam usia sebegini mereka akan merakam kejadian itu dan mungkin mengulangkajinya dengan kawan-kawan atau adik beradik yg lain.

Ibu bapa perlu mengakui anak adalah unik dan memang wujud perbezaan antara jantina sprt anak perempuan bercakap lebih cepat dari anak lelaki dan anak lelaki lebih aktif secara fizikal berbanding anak perempuan.

Megelakkan diri daripada menunjukkan sikap pilih kasih antara anak2 juga penting dalam peringkat umur anak sebegini.


Oleh Rohaniza Idris, Anak 1-3 tahun Suka Meneroka, BERITA HARIAN.




No comments: