January 23, 2009

SUSU IBU VS SUSU FORMULA

Petikan daripada MA@PA,2006.

Kandungan Khasiat:
1. LEMAK (Dalam Susu IBU)
  • kaya dengan agen pembentukan otak iaitu OMEGA 3 yg dikenali sbg DHA & AA.
  • telah diubah suai secara automatik untuk menepati keperluan bayi.
  • kaya dengan kolestrol
  • kadar penyerapan yang hampir sempurna
  • mengandungi lemak yang membantu proses penghadaman yg di kenali sebagai 'lipase'
  1. LEMAK Dalam (SUSU FORMULA)
  • Tiada DHA
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi
  • tiada kolestrol
  • tidak menyerap dgn sempurna
  • tidak mengandungi lipase
  1. KOMEN
  • Lemak adalah nutrien yang penting dalam susu ibu. Kekurangan kolestrol dan DHA yg merupakan nutrien penting untuk pertumbuhan otak dan badan mungkin menjadikan bayi tertedah kepada masalah jantung dan saraf utama yang biasanya di hidapi oleh orang dewasa.
  • Bahan yang tidak diserap akan dikeluarkan daripada badan bayi melalui najisnya. Bahan tersebut akan menyebabkan najis bayi berbau busuk.Inilah yang berlaku kepada bayi yang minum susu formula.

2. PROTEIN (Dalam Susu Ibu)
  • Dadih yang terhasil lebih lembut dan mudah dihadamkan
  • kadar penyerapan yg hampir sempurna; lebih tinggi dalam susu yg dihasilkan oleh ibu yg bersalin awal.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus
  • kaya dgn protein yg membantu dalam pembentukan otak dan tubuh.
  • kaya dalam faktor tumbesaran.
2. PROTIEN (Dalam Susu Formula)
  • agak sukar untuk dihadamkan kerana dadih yg terhasil lebih kenyal
  • tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan akibatnya lebih banyak bahan yang perlu dikeluarkan sebagai bahan kumuhan.
  • pada masa yang sama turut membebankan buah pinggang.
  • tiada lactoferrin
  • kurang protein yg dapat membantu pembentukan tubuh dan otak
  • kurang membantu perkembangan bayi
2. KOMEN
  • bayi sememangnya tidak alahan pada protein yg terkandung dalam susu ibu.
3.KARBOHIDRAT(Dalam Susu IBU)
  • kaya dengan laktosa
  • kaya dengan oligosaccharides yg membantu kesihatan usus
3.KARBOHIDRAT (Dalam Susu Formula)
  • sesetengah susu formula tidak mengandungi laktosa
  • kurang oligosaccharides
3.KOMEN
  • laktosa boleh dianggap sebagai karbohidrat penting untuk perkembangan otak. Kajian menunjukkan bahawa tahap laktosa dalam susu satu-satu jenis mamalia itu ada hubun kait dengan saiz otak mamalia tersebut.
4. PENGGALAK SISTEM IMUN (Dalam Susu IBU).
  • banyak dalam sel darah putih dan berjuta dalam setiap penyusuan
  • kaya dengan immunoglobulin.
4. PENGGALAK SISTEM IMUN (Dalam Susu Formula)
  • tiada sel darah putih atau apa jua sel hidup. Makanan tidak bernyawa kurang mengandungi kebaikan imunnya.
  • terlalu sedikit immunoglobulin.
4. KOMEN
  • Apabila seseorang ibu itu terdedah kpd kuman, tubuhnya akan membuat sendiri antibodi untuk melawan kuman tersebut. Antibodi itu seterusnya akan dipindahkan ke tubuh bayi melalui susu ibu yang diminumnya.

5. VITAMIN DAN MINERAL (Dalam Susu Ibu)
  • lebih mudah menyerap terutamanya zink, besi dan kalsium.
  • besi akan diserap di antara 50-75%
  • mengandungi lebih banyak selenium (anti-oksida)

5. VITAMIN DAN MINERAL (Dalam Susu Formula)
  • tidak diserap dengan baik
  • hanya 5-10% besi yang mampu menyerap
  • kurang kandungan selenium (anti-oksida)
5. KOMEN
  • vitamin dan mineral yg terkandung dalam susu ibu menawarkan bioavailibitynya yg lebih tinggi. Ini bermakna lebih banyak vitamin dan mineral yg akan dapat diserap. Sebagai ganti rugi, byk vitamin dan mineral tambahan dimasukkan kedlm susu formula. akibatnya bahan tadi semakin sukar untuk dihadamkan.
6. HORMON DAN ENZIM (Dalam Susu IBU)
  • kaya dengan enzim penghadam sprt lipase dan amylase
  • juga kaya dengan pelbagai hormon lain, sprt thyroid, prolaktin, oxytocin byk lagi.
  • pelbagai bergantung kepada diet ibu.

6. HORMON DAN ENZIM (Dalam Susu Formula)
  • proses pembuatannya menghapuskan enzim penghadaman
  • hormon turut terhapus
  • sentiasa mempunyai rasa yg sama
6. KOMEN
  • enzim penghadaman membantu kesihatan usus. Secara keseluruhannya hormon menyumbangkan kesimbangan biokimia tubuh dan memalihara kesihatan bayi.
  • dengan mengambil kira diet pemakanan ibu, susu yg dihasilkan menjuruskan kepada rasa makanan yg diambilnya itu. Hal ini bermakna, bayi yang minum susu ibu lebih berselera untuk makan berbanding bayi yg minum susu formula.
7. HARGA (Susu IBU)
  • memerlukan sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan yg berkhasiat untuk si ibu.
7. HARGA (Susu Formula)
  • memerlukan sekitar RM1200 setahun
  • mungkin kosnya meningkat sehingga RM2500 setahun bagi susu yg direka khas dgn formula hypoallergic
  • kos utk botol dan brg yg berkaitan
  • hilang pendapatan jika bayi sakit
  • (harga adalah berdasarkan kpd susu formula popular yg ada di pasaran).
7.KOMEN
  • seorg bayi dianggarkan memerlukan 22kg susu formula dlm tempoh dalam 6bulan pertama iaitu 2.5kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan kedua dan 4kg sebulan bg bulan-bulan seterusnya. Jadi, setelah dibuat perkiraan, memberi anak susu formula adalah sangat mahal berbanding penyusuan susu ibu. Semua ini kerana susu ibu percuma dan nyata lebih berkhasiat daripada susu formula.


3 comments:

dalilarahmad said...

salam kenalan,

Thanx for sharing this goooooood information. Saya dah BF anak almost 5mths.Memang niat nak bf sehingga anak 2yrs..sama2 doakan kejayaan ini..amin..

Mama Iman said...

Mohon untuk share the info at my blog. Terima kasih.

cerita ceriti kak sarah said...

good info