February 15, 2016

Cuti CNY 2016

Cuti CNY balik ke Muar sekejap
kedai mee bandung semua tutup...sedih!
kedai makan pun banyak tutup juga, memang tak boleh buat pilihan
pasrah jerklah time-time raya ni :)

Kanak-kanak cuti seminggu
Sekolah agama beroperasi seperti biasa, hari Rabu dah sekolah semula
mak pak berkerja seperti biasa, tak ambik extra cuti pun
Cuti panjang untuk Cuti Sekolah nanti

lepak kat pantai....dekat dengan kebun atuk
plan nak kekebun tapi musim hujan, tak jadi nak pergi membersihkan, meracun rumput
takut rumput pun tak mati nanti
berjalan ke JPO lagi sebab tak puas last weekend pergi tak habis meronda & shopping
sale CNY!

 melayan allysha nak beli purse
sementara tunggu papa kat fitting room, lepak sini dulu

hari dah hampir senja....

 allysha dengan acu
hari dah senja, masa untuk balik ke rumah atuk dan nenek.


KISAH DUKA DAN SEDIH UNTUK ANAK BULUS
 Hari Isnin, malam sebelum nak balik ke Cyberjaya, dapat perkabaran berita sedih dari jiran. Prada mati diserang anjing-anjing liar :( satu kesilapan yg sangat besar sebab balik kali ni tak bawak Prada balik sama :(
gambar kenangan, mereka bertiga sudah menemui penciptanya :(
Hari Selasa ke IKEA, Cheras. Tapi kureng memuaskan, lebih suka IKEA, Damansara.
parking memang haru biru....keselamatan pun tak dijaga
contruction kanan kiri....memang bahaya....besi dalam tanah pun belum diselenggara dengan betul
silap hari bulan tayar boleh berlubang tertusuk besi tajam tu

pening tengok parking yang bersepah-sepah....
budak-budak yang jaga parking pun tak berapa cekap...
mungkin sebab mereka baru belajar bekerja kot.

allysha kononnya menulis apa yang nak dibeli.....
belek cermin yang mana satu, katanya senang nak tengok jerawat...

area yg paling kanak-kanak suka
kalau ke IKEA kalau boleh semua benda nak di belinya...rambang mata 

beli barang yang nak dibeli dan terus balik...aircond dah jadi panas dalam IKEA ni..
orang pun ramai beratur panjang nak membayar dekat kaunter

Hujung minggu Ahad semalam, rezki balqish dapat bergambar dengan singa-singa dekat AEON semasa mereka buat tarian, sukalah dia...1st time dapat berjumpa secara real. Selalunya tgk mereka dekat TV & atas lori sahaja.

  gambar tak memuaskanlah pulak...

comel jerk 2 ekor singga ni duduk, sayangnya blur pulak gambar nie

suka tgk aksi singa masa ni...tetiba mereka masukkan kepala aqish sama..
habis sudah cuti CNY seminggu, kena buat rivision pulak...exam dah semakin hampir...

18 comments:

Kakzakie Purvit said...

Miza ke JPO hari apa masa cuti tu
Sebab kakak ke JPO juga tau. Ala... dekat aje dari rumah kakak so sesaja jalan terlanjur anak-anak semua cuti.

Entah-entah kita jalan sebelah-menyebelah hihi...

Kakcik Nur said...

Peliknya bila Cina berhariraya, Melayu yang tutup kedai, kan?

IKEA Cheras tu taklah jauh dari rumah kakcik, tapi jangankan masuk, lalu sebelahnya pun belum lagi... :)

paridah said...

BALIK MUAR YA...SERONOK CUTI CNY BALIK KAMPUNG...KESIAN TENGOK ANAK BULUS COMEL MATI DISERANG ANJING LIAR JHT BETUL..DH TAKDIR NK KEHILANGN MRKK TU NK KATA APA KAN...IKEA PUN BNYK BARANGAN YG BOLEH SHOPPING...INGATKAN JUAL PERABOT ..MAKLUM XPERNAH MASUK

TukangKebun said...

Ibunya excited tengok lion tu juga kut sebab blur hehehe....

Oh first time dengar JPO, mungkin sebab zaman masa kami duduk Johor belum ada lagi.

nuyui a.k.a miss YUI said...

time cuti ni la kena amik peluang..hihi

Norhayati Mohd Isa said...

Kesiannya anak bulus mati..
Anjing liar memang macam tu..
Dimakannya anak kucing tu mau..

insan marhaen said...

restoran mamak pulak penuh...

AziRahmanDot Com said...

lama tak pekena mee bandung muar....tunggu balik melaka nanti boleh turun dah dekat dah tu..hehe

Bunda_nora said...

Memang panjang cuti CNY ritu...budak2 lah puas bercuti sekolah..tapi macam anak sedara bunda bila dah lama cuti...mulalah liat balik nak bangun pagi...

ummi_khalish said...

seronoknya cuti..:-) salam jengk dari bumi mesir...

insan marhaen said...

sejak anak dah dewasa, memang dah lama tak ke laut...

CikLily Putih said...

cian tengok anak kucing tuh lah...

Zakilah said...

bestnya dapat sopinggg

iryanty ismail said...

assalamualaikum amizaa..selamat malam..

orang muo rupanya....

zana-norzana said...

Assalamualaikum,

Salam kenal. Nasib baik dapat makan mee bandung.... pergi Muar sehari sebelum CNY

LYAfrina said...

x pernah smpai JPO...

Ya Allah..mmg sedih sgt2 khilangan kucing..lya pon bru2 ni x tentu arah bila kucing hilang..igtkan dh mati or org ambk, tp syukurlah..slps sminggu blik dlm keadaan kotor n kurus sgt..maybe sesat kot.. sjk dr hari tu, x lps trs kat luar, lps dlm rmh je..time keje msk sangkar..

mira mokhtar said...

hai kak mija.. lama x BW hehe sdih tengok anak bulus tu huhu

tenku butang said...

sedihnya baca Prada mati diserang anjing2 liar.. pernbah tengok depan mata kucen kena kejar dengan anjing.. nak cuba selamatkan dah terlambat.. sedih