August 29, 2015

Mengemas Sudu, Sudip Seangkatan

Tajuk punyalah kan
kisah mengemas membasuh semua suku sakat adik beradik sudu sendok sudip segala
susah benor nak menyebut semuanya
hikssssss...

aktiviti hari sabtu pagi 22/8/2015
dah seminggu berlalu kisahnya
bila mana Ali Iqbal Ke Masjid Putrajaya ada kem solat
dan papa bussy training kriket di UKM, Bangi
maka sorang-sorang mengemas rumah
hari ni dan semalam target menghabiskan untuk mencuci dan
mengemas sudip senduk segala yang berkaitan
sudah tiba masanya mengemas semula
susun atur dalam drawer semula
KC dah pun siap sepenuhnya (entry KC kemudian, kalau rajin)


ini Batch yang ke-3 pada pagi sabtu mencuci, lega sangat dah habis mencuci
banyak jugak sudu-sudu nie hilang entah kemana, garfu jerk yg tinggal banyak

 masa nak pindah umah semua benda longgok sekali harung dalam plastik yang sama,
 time nak membasuhnya...jenuh....

lega bila tengok semua dah bersih, rasa hilang beban dekat sudu sendok nie...
tinggal mengelap bagi kering dan susun elok-elok semula, 
tak suka main longgok-longgok dalam drawer nanti pening nak cari.

dalam banyak-banyak sudu yg paling disayangi sekali adalah yg color gold (besi) tu sebab set tu beli dekat German beberapa tahun yang lalu, kira punya kira...aikkk ada yg dah hilang jugak....uhukkkkk
Set besi putih tu selalu dapat free setiap kali papa fly dulu

dah siap lap dan susun semuanya
semua letak satu tempat scop aiskrim, senduk nasi, sudip, pemukul kuih, pemukul cekodok, parut sarang semut,duduk dalam ni semua sekali harung senang anak-anak dan papanya nak cari sudu garfu.

 chop stick, sudu garfu kecil,  dan lain-lain duduk setempat juga untuk memudahkan anak-anak nak mencari.

lega dah part sudu segala dah siap kemas
next projek adalah mengeluarkan pinggan yg masih dalam store, juicer, noxxa dll
makan tahun jugak nak mengemas semula barang-barang dapur ni...


7 comments:

iryanty ahamad said...

akak baru berangan nak kemas pekakas ni...miza tolong kak yan kemas boleh...huhu....

insan marhaen said...

Saya masih simpan gelas, pinggaan mangkuk yang mahal dalam setor sejak bertahun sebaliknya guna yang plastik untuk kegunaan harian.

Herankan....

insan marhaen said...

Saya masih simpan gelas, pinggan cawan yang mahal malah mungkin hadiah kahwin dulu dalam setor sebaliknya guna pinggan mangkuk plastik untuk kegunaan harian.

Heran kan...

Bunda_nora said...

Barang2 begini kalau disusun kemas setempat nsnti nila nak guna senang...capai jer...

paridah said...

BANYAKNYA SUDU SUDIP DI DAPUR PUAS JUGA NK CUCI N NAK SUSUN DI TEMPATNYA TU...

nusha fasha said...

Heee byk tu kak..

adianiez AIDA said...

wow terbaik ni.
aida ada gak drawer yg penuh berterabur sudu garpu sudip senduk dll.
hu hu hu ntah la bila mau kemas :(