April 18, 2015

Fasa 2 @ Part 9 (Pecah Dinding Dapur Lama & Bilik, Tangki Air)

Progress pada 4/4/2015-12/4/2015

Banyak perkara yang mereka buat dalam satu masa
  1. memecahkan dapur lama
  2. memecahkan bilik lama
  3. menukar kayu yang lebih besar untuk tangki air
  4. memasang kayu untuk plaster syiling
  5. plaster syiling
  6. pasang bata & plaster untuk bilik baru
  7. wiring
 bilik asal yang dipecahkan jadi living hall

Bermula 4/4/2015, proses memecah dapur lama. Nampak macam mudah semua benda yang mereka lakukan, Proses memecahkan dapur lama & bilik memakan masa dalam 2 hari sahaja. Kagum betul dengan kekuatan mereka. Dah pecah dapur lama dan boleh nampak bilik dan dapur comel yg baru siap tu. Sekarang mereka plan untuk rangka kayu untuk tangki air dahulu, lepas tu barulah mereka akan pecahkan bilik ini.

Pada 5/4/2015:Mereka memasang kayu yang lebih besar untuk tangki air. Sebelum masuk ke rumah ini dulu tangki air ni pernah jatuh dan pecah, masa tu kontraktor lain yang buat...pekerja mereka tengah pecahkan stor & tangki air jatuh dari syiling, sangat bahaya, nasib allah swt pelihara mereka masa tu, bila dah jd kejadian macam tu kontraktor lama langsung tak kreatif dan fikir akan keselamatan.....mereka gantikan semula dengan kayu yg biasa sahaja, bila tengok kayu-kayu tu kecil-kecil naik seriau pulak.....Pak Kahar dah tukarkan kayu yg lebih besar & kukuh.

keadaan dalam syiling selepas pekerja-pekerja ni buang syiling. kontraktor lama main letak macam tu jerk tangki air tu....memang bahaya sangat....nama jerk kontraktor terkenal, memang hampehlah kan.
keadaan dalam bumbung semua kayu-kayu kecil sahaja.
Pekerja pak kahar tengah pasang kayu-kayu yang lebih besar untuk tangki air & plaster syiling.

 kayu-kayu sedang dipasang dan dipasak ke dinding.
gigih mereka ni berkerja. langsung tak ada curi tulang.
dah siap untuk tempat tangki air, nampak bezakan....yg lama dengan yg pak kahar buat ni....kemas buatannya dan sangat-sangat berpuashati
inilah hasilnya....boleh nampak keseluruhannya.....selepas siap memasang kayu dan memindahkan tangki air, barulah mereka menyambung memecahkan dinding bilik ini.
dari arah dalam bilik
hampir nak siap proses memecah
 proses memasang plaster syiling pulak
ruang ini akan menjadi living hall
Bilik baru juga dah siap pasang bata dan plaster
tunggu kering simen ni baru mereka pakai kapur pulak

wiring untuk living hall


2 comments:

paridah said...

selamat berhujung minggu...nampak progress baikpulih rumah amiiza memuaskn hati tu.

suhailah hamid said...

Semakin byk kerja2 nk siapkn rumsh, makin cepat rumah siap insyaAllah.