March 22, 2015

Fasa 2 @ Dapur Part (3) Menambak Tanah Merah & Naik Bata

Progress minggu lepas 14-19/3/2015.

sebelum tu saya nak minta maaf, kepada yang bertanya berkenaan dengan Kontraktor rumah ini
saya tak jawab lagi, tak sempat sangat-sangat...nanti saya jawab satu-satu ya.
kepada yg sedang mencari quotation untuk renovation
highly recommended dengan Pak Kahar ini.

ada banyak pengalaman dengan kontraktor lain sebelum ini
ada banyak blog yang tunjuk canggih-canggih cara mereka buat rumah
tapi hampeh (atas pengalaman sebelum ini)
hasilnya memang tak sama dengan cara Pak Kahar
Masa cuti sekolah minggu lepas, tinggalkan rumah dalam 5 hari
balik ke Cyberjaya, sangatlah terkejut....dah hampir nak siap...
gigih berkerja kakitangan Pak Kahar

 Hari Sabtu 14/3/2015, Lori tanah sudah hantar tanah untuk tapak dapur dan bilik.

tanah ni banyak berbatu-batu...

acara memungah tanah pun bermula, termasuklah si kecik tu...sibuk jugak
tak per, kita bagi aqish rasa pengalaman mcm ni....

kerja-kerja menambak tanah, mereka buat dalam masa 1 hari sahaja

selepas menambak tanah siap, mereka mengelek pulak tanah tersebut 
mereka menggunakan mesin seperti dekat bawah ini

bila tanah dah dimampatkan dengan mesin ini, barulah besi diletakan
dan disimenkan lantainya

kerja-kerja menyimen ini pada hari ahad 15/3/2015 
seterusnya kami tinggalkan mereka balik ke kampung
dan tanpa bergambar

kerja mereka sangat sistematik, sorang bancuh simen secara manual. Pak Kahar nak bawak mesin mixer tapi pekerjanya lebih suka pakai manual....boleh bayangkan rasa penatnya tu...mou tercabut tulang kalau org tak biasa buat kerja-kerja berat ini.

pakcik ni terror bancuh simen...
bila tengok dia bancuh, kami siap dah boleh hapal apa yg ada dlm bancuhan simen tu

Hari Khamis 19/3/2015, kami balik dari kampung...tengok batu bata dah naik...

pandangan dari dalam dapur...saja buat tingkap lebih sebab nak bagi angin masuk

 pandangan dari tepi


 pandangan dari belakang...ruang kecil ini akan jd wet kitchen
dak soya yg dah kotor badannya, untung jd dayang tak payah mandi...kotoran tak nampak

sambung lagi next entry:)

2 comments:

fazian batrisyia said...

bestnya dpt dapur besar. Luas Tanah rumah akak. Rumah banglo eh kak mieja...

Amanda Suria said...

Seronok nya bila dapur dah besar..bila la SA nak merasa buatvrumah mcm ni...rumah yg SA beli 2 tingkat dan x leh dah nak tambah depan ke blkg ke.. m