November 20, 2014

Pokok Jagung Berbunga

suka tak terhingga pokok jagung dah berbunga
tapi tak sure betul ke dia berbunga utk berbuah
atau bunga tapi tak keluar buah hiksssss
takut tak jadi buah jerk, sebab pelik sikit, panjang meninggi sangat
tgk org tanam jagung, rendah-rendah dah berbuah....adehlah

dah berbunga ...baru perasan pagi tadi....
tinggi sangatkan?
pembesaran pon tak sama....ada dua pokok tu tanam sama hari tapi satu pendek, satu tinggi...

musim hujan
rumput-rumput pon dah naik tinggi dan panjang
cepat betul menjalar ...rasa tak terkejar.....baru jerk cabut, dah tumbuh lagi....
habis RJ dah tak nampak.....bila cabut rumput, RJ pon ikut sama tercabut.....ishhhhhhh....

Pokok yang mati tu Lilo suka sangat gesel-gesel dekat situ......lupa nama apa pokok ulam nie....alahai mati pulak dia.....
letup-letup....budak-budak nie tak pandai makan pon...tanam buat perhiasan...:)
tanam letup-letup sebab selalu tgk kat hotel buah nie jd hiasan kat tepi kek...:) balik kg, cabut anaknya bawak balik tanam kat sini...:)

17 comments:

LYAfrina said...

meriah tanaman aka..
pokok letup2 tu kaeembong ye?

Kakcik Nur said...

Seronoknya kalau tanaman kita menghasilkan buah... :)

insan marhaen said...

kat rumah IM ni, pokok tak keluar bunga pun...


...o kome, deghoyan dah berbunge
moh kite minang anak daghe...

Fiza Rahman said...

Bestnya kak. Meriah hasil tanaman.

Mama Myja said...

rajinnyer sis bercucuk tanam.

Daddy Ziyyad said...

Tinggi nya pokok jagung tu!! hahaha..

Tak pernah terfikir pulak saya nak tanam jagung kat laman rumah...Tapi rasanya jagung ni antara pokok yg mudah di tanam( dan di jaga, kot)..sebab dulu masa projek PMR saya, saya kena tanam jagung...habis PMR( hujung tahun), dah boleh petik...hihihih

Hana Syed said...

bagusnya berbakti pada tanah. Menjadi pulak tu.. Hana rasa terlebih baja kot pokok jagung tu.

Kayu Manis said...

bestnya ada tanah boleh tanam apa saja...knor ni sepasu pun tak ada...nikan sekangkang monyet..hihi

subur sungguh..knor suka hijau kehijauan..bersih sejuk jer mata memandang..

Nastyna said...

letup letup tu mahal ok kat sini... import dari peru kalau tak silap.

mama 3farhanah said...

Tak berpeluang nak menanam pokok bunga. Rumah tinggi di langit, heheheh

hainom OKje said...

Ohhhh jagung tu baka tinggi gayanya tu Amiza hihi.....nampak jer tinggi tp umur kecik lagi....sebab tu baru berbunga..haha

Zaitun said...

Mudah2an lepas berbunga muncullah buahnya.

Kat rumah kak zai pun macam tu baru aje potong rumput dah tumbuh balik.

Kakzakie said...

Kakak cuba nak tanam letup-letup tu tapi tak hiduplah Amie. Yg kelongsong coklat tu nak masak dah boleh petik. Budak sekarang tak tahu makan memang..

εïзmummyHazaεïз said...

Aduhai bestnye dapat tanaman macam kebun kak mieja... Haza belom lagi nak berkebun.. Tggu umah siap dulu.

monalita mansor said...

aummm cak! woi...jagung...wat bubur jagung ke, bakar gitu aje sodapnya.

eh buah letup la...ingat zaman kocik2 dulu.

TukangKebun said...

Tinggi jagung tu mesti banyak hasil dapat dari sepokok tu.
Tukang kebun pun tak terkejar nak mencabut rumput musim hujan sekarang ni.

fazianbatrisyia said...

yg hiasan tu gooseberry kan. sama ye dgn pokok ni