October 3, 2014

Loom Bands

Loom bands, beberapa bulan yang lepas jumpa dalam bilik allysha
ya allah banyaknya icha beli
mama siap warning dekat dia, jangan main benda ni sebab dah nak exam
nanti ralit & leka dengan getah warna warni ni
kawan-kawan allysha pon suka sangat dengan benda nie

yang dah siap oren purple allysha punya, ali kaler biru pink grey

bila keluar artikel kata tak elok di pakai boleh mendatangkan kanser
allysha pon semakin lupa getah warna warninya
getah nie boleh design macam-macam
bagus juga untuk minda kanak-kanak, untuk mereka berfikir secara kreatif
selain boleh buat bracelet, ring, boleh juga design bentuk buah, bunga dll
macam dekat  link INI


Aqish duduk senyap, rupa-rupanya dia pon dah pandai bentukkan getah ni
nak buat kalung utk  Tommy, Oyen, Atam & LV
mama rasa-rasa getah tu, eh macam getah rambut yang warna warni tu, bolehlah mama buat ikat rambut๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ


ali tengah buat ukuran leher LV
LV tu dah mengantuk, mata pon dah berair-air....mata dah kecik jerk...
bukan tuannya yang mengantuk, kucing yang mengantuk :)
ali pon sama rupanya, dia pon terjebak beli dekat sekolah
ada jual dekat sek kebangsaan satu kotak rm3, dekat sekolah agama satu kotak rm1
mahal pulak tu sekolah kebangsaan jual, jauh betul beza dengan sekolah agama

aqish bukan main ralit lagi
setiap malam sambil ada aja selingan buat getah nie..


2 comments:

Fiza Rahman said...

Kak...nak satu..hehehe...femes betul benda ni skang.

nadia rashid said...

Br tahu ni..ada mainan getah mcm ni sekarang..colorful mmg tarik mintak anak-anak