September 19, 2014

Resepi Mudah Pagi ini@ Pancake

dah petang baru sibuk nak menulis entry breakfast pagi tadi
resepi simple bila dah tak ada idea nak buat breakfast


PANCAKE
  1.  1 cawan tepung
  2. sebiji telur
  3. 1 camca teh baking powder
  4. 1/2 camca teh bikarbonat
  5. 2 sudu besar mentega
  6. 4 sudu besar fresh milk
  7. 2 sudu besar gula pasir (yg ini ikut citarasa masing-masing)
CARANYA:
  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.
  2. Biarkan dalam 5 minit
  3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan satu senduk tepung yg dah sebati tadi.
  5. Biarkan ia membentuk bulat/melebar
  6. Bila sudah kekuningan, terbalikkan dan angkat.
  7. Hidangkan.
 kacau hingga sebati tepungnya...
leperkan/dan akan mengembang
suka makan dengan strawberry jem or madu....sedapppp

masih tak cun.....tepi2 tu masih berkuping-kuping...
masih tak pandai nak meleperkannya
walaupun dah berkali-kali membuatnya huhuhuhu....
memang salute sapa pandai meleperkan jd cantik mcm kat hotel-hotel tu


12 comments:

nurbijen said...

yg part berkuping kuping tu lah yg lagi sedap kak mija....

Norhasniza Khalid said...

urm.. mama suka buat pancake ni, selalu jugak buat..

Anonymous said...

Salam sis..
Membalas kunjungan.dh follow :)
Sdpnye penkek..tang kupingtu la yg special..
rangup..

Miss Sasu said...

assalam ..

salam perkenalan ye. jemput ke blog saya. kisah saya dalam menurunkan berat badan dan bekerja dari rumah.

thanks. nice blog!

mardiana said...

wah. nak try masak untuk suami. hehe. thank you resepi kak mieja. saya tiru na..

Lynn Hamzah said...

menu ni memang simple...tapi lynn tak pernah buat...

Mya Akmal said...

tq sudi singgah blog mya. mya follow sini :)

-iLLa- said...

sedapnya kak...illa slalu beli yg instant tu jek...kekekeke....tp mmg berkuping jugak tepi2 tu kadang...x pandai lagik

εïзmummyHazaεïз said...

Kak mieja part tepi xcomel tu la rasa paling osem...

naza tupperware said...

terus rasa lapar...

Ibu Ann said...

Mesti try ni..bahan pun simple..

Roziah Muhammad Nor said...

Cie buat hari tuh guna instant flour je senang. Hihi