September 12, 2014

Diary Allysha @ UPSR & Soalan Bocor

Sepanjang 3 hari perjalanan allysha di dalam peperiksaan UPSRnya, tiada siapa yang menduga mereka anak-anak tahun 2002 akan mengulang semula untuk mengambil peperiksaan kertas Sains & BI.

Apa yang mama akan coretkan ini untuk tatapan dan bacaan Allysha bila awak sudah melepasi fasa kanak-kanak, walaupun awak tahu apa itu peperiksaan, tapi dalam ertikata sebenar allysha belum matang lagi untuk memahami apa yang terjadi. Ini juga salah satu kenangan yg mungkin awak tak boleh lupa dalam hidup awak.

PERASAAN MAMA

Sehari sebelum UPSR, hati & perasaan mama sudah merasa sayu dan sebak, rakan-rakan mama dan papa wish dekat allysha, mama yang mengalir air mata. sepanjang malam, allysha membuat ulangkaji bersama papa, mama mengaji dan solat hajat untuknya, air mata tak berhenti-henti gugur. sebelum tidur, memeluk dan mencium allysha, air mata juga deras berguguran. Memang beginikah perasaan ibu-ibu yang anak-anaknya menduduki peperiksaan, ibu mudah terasa sebak dan sayu.


9/9/2014 (Selasa) BM 1, BM 2 & Maths 2
Sarapan di rumah, telefon atuk dan nenek, allysha minta doa dari jauh, nenek tengah mengaji untuk allysha. Awal pagi kami dah bersiap untuk menghantar allysha ke sekolah, semalam cikgu berpesan ibu bapa tak boleh datang ke sekolah, takut mengganggu emosi dan konsentrasi anak-anak. Ok, mama hantar sampai pertengahan koridor sahaja. Salam dan cium papa, nampak papa juga sebak, airmata sedikit mengalir. Peluk cium dan berdoa utk allysha, air mata gugur lagi. Mama cuti 3 hari khas untuk allysha, balik rumah, bersiap sedia  untuk solat dhuha, hajat dan mengaji. Allysha start exam, maka mama juga start mengaji tapi airmata tak berhenti-henti berjuraian sepanjang mengiringinya menjawab peperiksaannya.

Tengahari sehingga habis peperiksaan ibu bapa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak, makan dan minum sekolah dah siap sediakan, so tak perlu fikir soal makan minum mereka.Guru-guru yang menjaga kebajikan mereka. Solat hajat juga guru-guru lakukan semasa waktu mereka dalam peperiksaan, betapa anak-anak ini sangat beruntung....kejayaan anak-anak ini didoakan oleh guru-guru, sahabat hadai dan keluarga.

Balik rumah, rehat sekejap dan sambung untuk mengulangkaji kertas maths 1 untuk esok.
tidur agak lewat jugak ulangkaji kertas maths 1, kesian allysha


Petang, sms kawan mama utk bagi info berkenaan aktiviti cuti sekolah di MAGIC. Kawan mama beritahu dia ada mengaji utk allysha utk peperiksaaanya, masyallah berlinang air mata, tak terucap dengan kata-kata tanda terima kasih, hanya Allah SWT yg dapat membalasnya.


10/9/2014 (Rabu) Maths 1
Dalam perjalanan ke sekolah, telefon Tok Tom. Allysha beritahu yg dia tak sabar nak ambik Tok hari Jumaat ini. Tok Tom ada dekat rumah Pak Su, dtg sini sebab allysha nak exam, nak ngaji utk allysha. Tapi tok tom tak datang rumah allysha, sebab tok kata nanti allysha banyak borak dengan tok, so lepas habis UPSR tok akan datang rumah allysha.

Hari ini hanya kertas Maths 1, agak tenang sedikit kerana hanya 1 kertas sahaja. Selepas habis peperiksaan, cikgu sambung buat kelas tambahan Sains & English.

Petang, keadaan menjadi kurang tenang bila pelbagai maklumat masuk mengatakan Kertas Sains terpaksa dibatalkan dan dengan rasminya pengumuman telah dibuat ke tarikh ke 30/9/2014.

Kami redha, kata-kata semangat yang boleh diberi dekat allysha, Allah SWT nak beri peluang dekat allysha untuk usaha lebih lagi. Dapatkan markah yg lebih baik, insyallah.



11/9/2014 (Khamis) English 1&2, Aptitute
Pagi ini sedikit kendur mood allysha. Kertas English akan berlangsung jam 10.15pagi & akan berakhir jam 4.20ptg untuk Kertas Aptitute. Maka kami memang tak dapat jumpa allysha sepanjang masa itu. Hanya doa yg mengiringi beliau sepanjang beliau menjawab kertas peperiksaannya. Papa telefon mengatakan kertas English juga terpaksa di batalkan, ya allah sebaknya.....tak perlah, berfikiran positif, mungkin allah swt nak bagi yg lebih baik. Walaupun mama dah menghabiskan cuti 3 hari, kalau ditunda lagi perlu ke mama ambik cuti lagi? emmmm....mama biarkan persoalan itu hilang begitu sahaja...

4.30ptg mama ambik allysha, allysha sudah berlari-lari ke kereta memberitahu mama tadi ketua pengawas dah buat annoucement, kertas english di batalkan. Jawapan mama, ringkas sahaja...ok tak per, allah nak bagi ichaa buat lebih baik :) allysha sambut kata-kata mama, cikgu dah tanda kertas english 1 ichaa.....ichaa dapat 36/40, rugilah mama.....tak per lepas nie ichaa target 40/40 lah ya...... sambil senyum dekat dia.

Ptg tu mama ke pejabat, allysha terus ikut mama pergi pejabat, mama biarkan dia freedom.....allysha nak beli air coolblog lah mama...ok pergilah, nanti tunggu mama kat office...dalam keadaan yang macam ini mama takut ichaa stress.....so, sepanjang petang dan malam kami biarkan allysha freedom....boleh buka fb...google info pasal UPSR tertangguh dll. Papa balik dari pejabat, papa peluk allysha....beri kata-kata semangat yang positif, moga semangat anak ini tidak luntur.

Perjalanan UPSR belum habis, maka kita tunggu lagi 2 minggu. Insyallah.
Perjalanan PSRA akan bermula minggu depan dan peperiksaan pada 22-27/9/2014.


UPSR 2014 & Soalan Bocor.
kenapa tahun ini yang Allah swt pilih untuk anak-anak ini? 
mungkin ada hikmah disebaliknya
Semua Ibu Bapa mahukan anak-anaknya dapat 'A' dalam kesemua mata pelajaran
Bila dapat 'A' maka peluang ke asrama penuh (SBP) adalah sangat cerah
Guru-guru juga  mempunyai target peratusan cemerlang sekolah mereka utk dapat sekolah terbaik
(tidak dinafikan, semua ibu bapa berperasaan sama, apatah lagi kalau anak-anak kita berada di kelas yg terbaik dan sekolah target satu kelas akan mendapat 5A anak-anak ini. Itu juga yg membuat ibu bapa menjadi kiasu...termasuklah mama sendiri) tapi bila semua ini terjadi, maka mama telah bermuhasabah diri redhalah dengan ketentuan yg allah swt akan berikan.....segala usaha dan doa telah dilakukan, tapi segala ketentuan Allah swt yg menentukan....kita hanya merancang tapi Allah swt jua yg menentukanya. Ini baru permulaan anak-anak ini untuk memulakan perjalanan hidup mereka, ada banyak lagi cabang dan rintangan yang akan mereka hadapi bila dewasa kelak.

ada juga ibu bapa yg marah-marah di sekolah kerana re-sit exam, jangalah marah cikgu
kesian dekat guru-guru yang bertungkus lumus
kesian dekat guru-guru yang mengorbankan masa cuti beliau sabtu dan ahad utk kelas tambahan
kesian juga dekat kita sbg ibu bapa yg banyak mengorbankan masa bersama mengulangkaji pelajaran, menghantar ke kelas tambahan luar &  ke kelas tambahan sekolah tapi
demi anak-anak kita, maka redhalah dengan apa yg sudah tertulis olehNYA

Akhirkata, mama & papa sayang allysha
Sedikit ujian dan rintangan Allah swt beri kepadamu, semoga tabah dan sentiasa berjiwa kental, insyallah dan doa sentiasa mengiringimu.....



3 comments:

-iLLa- said...

sedey pulak baca kak... dan paham cner akk rasa :(

Myra Jay said...

Masing2 tertekan, terutama budak2 la, kesian..
Penderaan dari segi emosi..

Kakzakie said...

Eh... kenapa kakak pun turut menitikkan airmata bila baca N3 ini. Sayu, sedih dan macam-macam rasa. Moga anakanda Allysya kuat dan tabah..

Percayalah sayang Allah mesti balas org yg tak berintegriti menyusahkan anak-anak macam Allysya ini.