January 7, 2014

Kisah Soya Kena Gigit Dengan Kucing Luar

Menjaga anak-anak bulus
sama seperti menjaga anak-anak mama & papa
bila sakit, demam memang akan susah hati dgn anak bulus
susah hati dan risau tu sama seperti menjaga kamu bertiga

3 minggu lepas, soya merengek nak keluar rumah
soya memang susah mama nak bg dia lepas kat luar
kecuali dia merengek tanpa henti, baru keluarkan sekejap
mama lepaskan dia dalam pukul 10 pagi
petang, tak balik-balik lagi
biasanya bila keluar rumah, tengahari soya akan balik
allysha panggil nama 'soya' pon tak muncul-muncul jugak
mama panggil pon sama, tak ada respon
papa plak pergi kat garden belakang panggi nama soya
juga tak ada respon
biasanya bila soya dengar nama dia dipanggil
dia akan berlari-lari balik dan bunyi loceng kat lehernya

sampailah ke malam tak balik jugak
masih berusaha memangil nama 'soya'
masih tak ada respon, dalam fikiran hilang kemanalah....hari hujan sepanjang hari nie

dalam 10minit selepas tu

papa tergerak hati nak selak curtain kat sliding belakang
rupanya soya tunggu kat sliding, dah balik dan nampak lemah sangat
suara pon tak ada
papa dukung, rupanya tangan luka & kena gigit dengan kucing luar
bagi minum, makan dia tak nak
sapu minyak gamat utk lukanya, menjerit sakit..baru dengar suaranya


seminggu keadaannya sangat lemah
hari ke-2 masih tak nak makan
seisi rumah sangat susah hati
minggu itu pulak memang sangat sibuk dengan urusan rumah
mlm aja ada dekat equine, selebihnya dekat rumah satu lagi
soya pulak sakit, tak sempat nak bawak pergi VET

Hari ke-2 mama bagi Vitamin C kanak-kanak bertiga
potong kecil dan masukkan kemulutnya
dia makan vit c, good boy.
tapi masih tak ada selera makan, banyak minum air

Hari ke-3 ada perubahan soya dah boleh bangun sikit
ada 'rasa' nak makan
hati gembira sedikit
vitamin c masih diteruskan
vitamin c inilah yg banyak menolong soya
utk kembali sihat dan ada selera makan

sehinggalah hari ke-7, mama masih continue soya dengan vitamin c
kakinya capek, seperti akan cacat kekal
masih lemah dan berbaring sepanjang masa
hanya mata yg terbuka bergerak-gerak melihat kami

dan dua hari lepas, surprise sangat
soya dah boleh jalan dengan baik
dah semakin sihat
dah ada selera makan
syukur alhamdullilah
pengajarannya, mereka memang tak boleh di lepaskan sesuka hati
badannya sangat lembut
dan tak pandai nak protect diri bila di gaduhi

No comments: