June 16, 2009

Utk Senorita-2012 & Suked8787

Akak tulis kat sini sebab senang nak tulis panjang-panjang ya :)'

Untuk Senorita-2012, Seeloknya buat stok seawal 3 minggu selepas bersalin. Sekarang dah berapa hari? Try target setiap sessi pengepaman mesti dpt 5oz ke atas. Dan jangan tinggal sessi pengepaman waktu malam, kerana ia merangsang susu jadi banyak. Amalkan pemakanan yang membanyakkan air susu...minum horlik setiap hari, susu segar, minum air lebih 1 liter. Pada akak, horlik dan lobak putih paling mujarab utk dapatkan air susu yg banyak, compare milo...milo tu pada akak tak der kesan utk dapatkan susu yang banyak.


Dalam pantanglah susu tengah banyak, try senorita kawal susu, jangan susu kawal kita. Bermakna bila susu banyak, kita boleh nak target berapa banyak stok satu hari, compare susu kawal kita bermakna susu kurang...kita sentiasa berkejaran utk mendapatkan stok, start dari awal pantang try mentenkan susu, senang bila dah naik kerja nanti.


Jadual pengepaman mesti teratur dan tetap setiap hari, bila jadual teratur maka tiba masanya susu bengkak, contoh kalau 3jam setiap satu sessi pengepaman, breast akan bagi signal bengkak susu setiap 3 jam.


Untuk Suked8787, kalau semua pemakanan yang membanyakkan susu dah makan, apa kata kerapkan jadual pengepaman awak, sebab pengepaman 3 kali sehari kan? Sekali sessi pam dapat 5oz-6oz, pada akak banyak tu, awak target atau buat sessi pengepaman 5 kali atau lebih untuk satu hari. Dan yang paling penting sekali jadual pengepaman mesti tetap untuk setiap hari, jangan lari jadual, bila kita lari jadual pengepaman, maka susu akan bertambah kurang nanti.

Dan satu lagi perkara paling penting juga, kerapkan mengepam waktu malam. Kerana waktu malamlah susu diproduce untuk jadi banyak, bila ada rangsangan dari kita, maka lama-kelamaan susu akan bertambah banyak. Jangan harapkan baby hisap semata-semata, tapi kerapkan juga pengepaman waktu malam, insyaallah.


Contohnya jadual pengepaman yang perlu tetap setiap masa (kalau setiap 3 jam)
6 pagi
9 pag
12 tghari
3 ptg
6 ptg
9 mlm
12mlm
3 am

Amalkan surah al-baqarah, ayat 60. Baca lepas solat, masa nak mengepam, masa menyusukan, niat/mintak kat allah diperbanyakkan air susu.

Amalkan urut urat susu, try cari mak bidan yang pandai tengok/urut urat susu. Biasanya bila kita mengurut urat susu,susu akan bertambah lancar.

Elakkan minum ais, minuman bergas, teh & kopi.


Dan sempena kita nak menyambut bulan puasa nie, marilah kita buat stok sebanyak mungkin, sebab bila bulan puasa, susu akan berkurangan. Cthnya kalau biasa kita pam dpt 8oz, akan menurun dalam 5-6oz. Bila petang lagilah semakin slow proses pengeluarannya.

1 comment:

C.e.t.O.t said...

Salam perkenalan.. Nak tanye boleh? Saya sgt impressive dgn awak,byknye stock ebm. Masa bepantang, kena buat schedule pumping gak ke? Sebab saya susah nak pump coz baby asyik nak nursing sentiasa tapi dia bukan betol betol hisap, die byk hisap main maij buat mcm puting utk tido..camner ek... Buntu saya..saya susu x byk walaupun bb selalu kat breast.if pump cuma dpr 1/2oz..sgt sedih..almost giveup. Now dah sebulan seminggu, stock ebm belom ada..huhuhu