July 2, 2026

Stephansplatz | St. Stephen's Cathedral & Peterskirche, Vienna Austria

Lokasi: Stephansplatz 3, 1010 Vienna, Austria. 

Pembinaannya berlangsung selama 65 tahun, dari 1368 hingga 1433. Semasa Pengepungan Vienna pada tahun 1529 dan semasa Pertempuran Vienna pada tahun 1683, ia berfungsi sebagai pos pemerhatian dan arahan utama untuk pertahanan kota berdinding, dan ia juga mengandungi sebuah apartmen untuk pengawal yang berjaga, sehingga tahun 1955, menjaga menara pada waktu malam dan membunyikan loceng jika kebakaran dikesan di bandar. 

Cathedral ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Vienna. Ia dinamakan sempena bangunannya yang paling menonjol, Stephansplatz, Cathedral dan salah satu gereja tertinggi di dunia. 
Sebelum abad ke-20, deretan rumah memisahkan Stephansplatz daripada Stock-im-Eisen-Platz,[1] tetapi sejak kemusnahannya, nama Stephansplatz mula digunakan untuk kawasan yang lebih luas yang meliputi kedua-duanya. Di barat dan selatan, masing-masing, terdapat jalan/pusat membeli-belah eksklusif Graben (istilah lainnya "lorong") dan Kärntner Straße ("Kärnten" ialah bahasa Jerman untuk Carinthia). -sumber wikipedia-

Kagum dengan segala ukirannya
zoom dekat sikit
Tempat tumpuan ramai, semua sibuk nak bergambar dekat sini, sapa cepat dapatlah angle cantik.
Gambar dekat bawah adalah dari lorong yang berbeza, Bumbung dan loceng: Bumbung jubin berwarna-warni merangkumi helang berkepala dua dan lambang Vienna. Loceng Pummerin yang terkenal tergantung di menara utara; ia adalah antara loceng gereja berayun bebas terbesar di Eropah. 
Di hujung menara itu terdapat lambang imperial bercorak helang berganda dengan lambang Habsburg-Lorraine di dadanya, di atasnya terdapat salib apostolik berlengan ganda, yang merujuk kepada Keagungan Apostolik, gaya imperial raja-raja Hungary. Lambang ini menggantikan lambang bulan sabit dan bintang berbucu enam yang terdahulu. Lambang asal, serta beberapa yang kemudian, hari ini boleh dilihat di Muzium Bandar Vienna.
ada banyak lorong untuk ke butik dan kedai-kedai
dari lorong yang berbeza
Gambar kubah hijau seperti diatas adalah Peterskirche (St. Peter Church), terletak di Peterplatz, Vienna. Telah dibina pada tahun 1701-1733, Gereja ini adalah tertua di Vienna. ia telah terbakar teruk dan telah dibina semula sekitar tahun 1661
Kubah berwarna hijau, Peterskirche (St. Peter Church)
kami sampai dekat hujung tetapi berpagar,  tak boleh nak masuk kekawasan bangunan tersebut sebab ada pagar kecil.
Masih ada public phone 
masa ni dah pukul 2pm, ramai yang bersiar-siar bawa anjing
 Kami plan nak balik awal sebelum jam 4pm, nak jamak dekat hotel. Pergi lunch merangkap dinner dan terus balik ke Hotel. 

June 30, 2026

REBEN MERAH GERGASI - Red Bow, Vienna Austria

Reben Merah Gergasi ini juga salah satu dalam list anak-anak.nak melihat dan bergambar. Memandangkan reben merah hanya dipasang untuk tempoh perayaan (Disember hingga awal Januari), matahari terbit adalah masa yang praktikal untuk dikunjungi dalam sekitar jam 8 pagi, kerana ketika ini jalan masih sunyi, tiada herok pikuk manusia.

Semua gambar-gambar dekat reben merah kami cantumkan/satukan dari hari pertama datang hingga hari akhir kesini. Lebih tenang mengambil gambar ketika waktu pagi kerana tak ramai orang, tetapi masuk sahaja waktu  tengahari dan menjelang matahari terbenam memang sangat ramai yang berebut untuk mengambil gambar bersama Reben Merah Gergasi.

Kedai ini diasaskan di Innere Stadt (Daerah Pertama) Vienna betul-betul bertentangan dengan Opera House dan bermula sejak tahun 1889. Hari ini, kedai ini menjual semua jenis pakaian mewah wanita seperti pakaian dan aksesori.

Video Reben Merah Gergasi
dari jauh dah nampak reben merah
masa ni tak ramai orang lagi sekitar tengahari
agak bahaya juga sebenarnya sebab betul betul depan traffic light
bila masuk waktu senja, reben bertukar warna - video
Photo pada 27/12/2025, jam 7.00++ pagi, sunyi dan nyaman hehhehehhehe


26/12/2025 | Vienna City

26/12/2025 | Vienna City

Misi pada hari kedua adalah ke Vienna City. Kami keluar menaiki train dan tram. Public holiday (Christmas) kedai dan butik semuanya tutup, maka kami jalan-jalan santai cuci mata sahaja, kedai coklat & restoran sahaja yang buka hingga malam.

Pukul 5.00 pagi dah terjaga dari tidur, masa ni belum subuh lagi, jalan lengang kat bawah.

Pergi breakfast dekat cafe sebelum ke Vienna city. Anak-anak dah terbiasa, bila breakfast pagi bermakna lunch masih kenyang, so kita akan skip lunch dan akan makan dalam pukul 4-5petang. Menuju ke pusat bandar Vienna, sepanjang 4 hari dekat sini, setiap hari kami akan kesini untuk lunch/dinner dan juga perjalanan ke 

dari celah-celah tingkap hotel, kami snap gambar waktu pagi.
jumpa salji turun malam tadi, bukan main suka
singgah kedai roti dan minum hot choc /latte
cuaca dingin
selepas breakfast, naik tram ke Vienna
dari dalam tram
video semasa naik tram
dah sampai ke Vienna City
tertarik dengan tong sampah perokok
disebabkan semua kedai dan butik tutup, maka kami singgah kedai coklat pekena hot choc
Lindt buka sehingga jam 9.30 malam
tengah sale, tapi kena tengok igredientnya juga.
allysha & hot choc
menarik taxi ni

tertarik dengan pintu 
tak singgah sebab cheese yang beli dekat Amsterdam dulu ada sikit lagi, peminat cheese hanya allysha jerk

setiap lorong ada ramai orang
sekitarnya
Ali ada quiz, so kena stop sekejap bagi ali jawab semua soalan. Dec belum cuti semester, hujung tahun biasanya blended class. 
masuk ke petang dah semakin ramai orang.

June 26, 2026

Vienna Christmas Market @ Rathausplatz

25/12/2025 | 5.00pm | Rathausplatz, 1010 Vienna City

Sekitar petang dalam pukul 5.00pm, kami keluar ke Christmas Market kerana idea anak-anak nak ke Christmas Market di Vienna City. Rezeki mereka dapat tengok Love yang terbang...tak taulah apa namanya... (viral juga dekat Tik Tok masa malam Christmas).

Christmas Market - Christkindlmarkt di Rathausplatz yang terkenal dan menarik minat pengunjung setiap tahun. Ia terletak di Vienna City Hall, Chriskindlmarkt salah satu market yang terkenal di dunia dan menjadi tumpuan para pelancung.

Video Love terbang

Ke pintu masuk Christmas Market - cuaca dah semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang walaupun pakai longjohn.

Sepanjang musim sejuk, pelbagai aktiviti di adakan, gerai-gerai kecil seperti gerai minuman dan makanan, aktiviti utama adalah Ice Skating, dipenuhi dengan pelbagai lampu menerangi taman.

ICE SKATING, disediakan gelanggang dan laluan ice dibawah menara Rathaus, diterangi pelbagai lampu neon bercahaya. Ia menjadi tumpuan utama untuk para pengunjung dan para pelancung.
Terlalu ramai yang bertumpu dekat ice skating , anak-anak pula dah hilang mengambil gambar sekitar disitu.


 

Heart tree - kreatif. Cuaca semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang, dah pukul 8pm. Pengunjung semakin ramai, maka kami decide untuk tapau dinner (kebab & pizza), sebelum balik.
masa untuk balik ke hotel, cuaca dah semakin mencengkam tulang.
Tapau kebab dan pizza, makan dekat hotel.
Video sekitar Rathausplatz 


Allysha tengah bayar tiket dekat dalam train, senang dan memudahkan perjalanan sangat.

suhu jam 8.00malam