July 4, 2025

Perjalanan ke Giethoorn Village, Overijssel, Belanda

Sambungan Kisah Jalan-Jalan di Belanda

Seawal pagi, kami dah bersiap untuk bersarapan di Cafe hotel.
Subuh awal, matahari terbit pun awal
pukul 6.00 pagi cafe dah dibuka untuk bersarapan pagi.
anak-anak dah besar, mereka dah bersiap dan terus turun bersarapan


Perancangan hari ini, kita akan ke perkampungan Giethoorn Belanda yang terletak diOverijssel

Dari Hotel, shuttle van akan hantar kami ke Schipol Airport
Dari Schipol Airport kami akan ambil train ke Amsterdam Centre. 
Tiket Train ke Amsterdam jam 8.41 pagi dan 
akan sampai di Amsterdam Centre jam 8.51 pagi

 
Waktu pagi kalau lewat sedikit memang akan ramai yang berebut nak naik train. Comelnya...dengan basikal beli tiket train.
Dari Amsterdam terus ke Kaunter Tours & Tickets yang telah ditempah  dua bulan awal
Perjalanan menaiki bas mengambil masa selama 3 jam, agak lama juga perjalanan.
Dah ambil tiket, ready untuk naik bas.
Harga Giethoorn tiket seorang EURO 39.50 
Menunggu semua yang akan ke Giethoorn village
Berjalan ke Bas persiaran yang telah ditetapkan masa. Dekat Amsterdam Centre
                                Menaiki bas ke Giethoorn Village, penumpang penuh semua seat 
Cantik sungguh permandangan diluar sana, kagum kehijauannya. pembangunan pun tidak seperti di Malaysia. Hijau sepanjang jalan.
terkenal dengan kicir angin
masa ni jam 10.30 pagi, cuaca sejuk  seronok berjogging.
kawasan perumah penduduk Belanda. cantik senibinanya
Hiway jem seketika disebabkan ada contruction.

bila perjalanan dah terasa lama, bas berhenti dekat R&R. untuk berhenti rehat dan ke tandas.
sempat merakamkan beberapa keping gambar di sini. Terima kasih juga ada yang sudi tolong ambilkan gambar, agaknya dia tengok kami terkial-kial dan berwefie
Kawasan/tempat ini namanya Konwerdenzand, Netherland.
Selepas itu kita meneruskan perjalanan ke Giethoorn.
Sentiasa tengok map sebab tak familiar dah sampai dimana.
Bila tengok map, barulah terasa jauh dari bandar Amsterdam
Dah hampir nak sampai bila nampak ada signboard
diluar kawasan Giethoorn
tengok biri-biri pun dah rasa happy hhehehehehheheh

Bersambung lagi untuk ke perkampungan Belanda

15 comments:

  1. Gmbr pemandangan semuanya cantikÄ·kk.tak sbr nak baca next entry

    ReplyDelete
  2. Kalau ke luar negara, nampak apa pun happy sebab suasana baru tak sama dengan Malaysia. Gemuknya biri-biri tu. Geram....

    ReplyDelete
  3. saya fokus ke kincir angin dan sepeda dua hal yang tampak ikonik di negeri Belanda

    ReplyDelete
  4. Indah juga ternyata pemandangan di Belanda ya Mbak.
    Kawasan yang hijau dan rumah-rumah penduduk yang tertata dengan rapi.
    Saya jadi tahu lebih jauh tentang Belanda melalui tulisan-tulisan Mbak ini.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Kincir angin moden dah sekarang...

    ReplyDelete
  6. wah wishlist ni. Nanti ada masa akak datang lagi ye.

    ReplyDelete
  7. cantiknya kampung di belanda tersusun rumahnya

    ReplyDelete
  8. seronoknya..jenjalan tgk tempat org kan..nice!

    ReplyDelete
  9. wahh bestnya ke Giethoorn, kampung yg cantik. Memang dalam buckettlist tapi tak kesampaian lagi

    ReplyDelete
  10. lawa gila pemandangan semulajadi tu, hijau, biru, warna tanah.
    tumpang tengok gambar kakMieja. lagi tau!

    ReplyDelete
  11. Kawasan kincir angin tu namanya Wind Farm kak, company SA dulu buat project yang sama untuk Australia, Macarthur Wind Farm tapi dah selamat jual dah...cantik pemandangan kat sana...

    ReplyDelete
  12. Subhanallah cantiknya view, teringat trip ke sana dulu.

    ReplyDelete