December 30, 2020

DEC 2020: LADANG NIPAH ISMAIL CHE KAQ

Simpan sini untuk kenangan
kisah balik Kedah hujung Dec 2020.
rindu nak makan mcam-macam bila balik kampung
Masa agak terhad jugak, so tak berapa nak enjoy balik kampung
Sebab Papa sentiasa bussy dengan kerja beliau walaupun waktu cuti.
Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.


Paklang bawa kami ke ladang nipah, berlokasi di Yan Kedah
Cuaca masa ni sangat panas, tapi bila masuk dalam ni....tak terasa panas...sejuk


Meja semua penuh, kena tunggu mereka habis makan barulah ada meja kosong.
Rata-rata yang datang adalah dari luar. Dah femeslah agaknya tempat ini.


Kami order air nira nipah, pertama kali mencuba. Tak berapa pandai nak minum, manis sangat. Mereka bertiga tak biasa minum nira nipah, so order air biasa sahaja. 
Sementara laksa nak sampai, kudapan kacang dulu.


Boleh jalan-jalan sekitar sini tengok buah nipah, pokok padi.

Buah nipah

Sawah padi & Balqish

tiap kali balik sini, asyiklah lupa nak bawak sikit padi ni....saja nk test tanam kat pasu...hehhehe


No comments:

Post a Comment