August 9, 2018

Sensoji, Asakusa, Tokyo

(Entry yg tersimpan)


Sensoji Temple
Temple tertua di Tokyo
Lokasi agak jauh sedikit perjalanannya
kena ambil train yang berbeza (dua kali tukar train) untuk sampai ke sini

kepada yang nak cari souvenir bolehlah kesini
kena pandai survey harga juga
ada kedai jual harga murah, ada yang jual mahal

terlalu ramai orang yang datang kesini
kami datang awal pagi, memang susah sedikit nak berjalan
bersempit-sempit berjalan di kedai-kedai souvenirs
ada beberaapa kali juga kita datang kesini pada waktu petang
petang - malam agak lengang sedikit, tak berapa ramai orang

semasa dalam perjalanan ke Asakusa - Sensoji, Balqish  dapat hadiah origami dari seorang nenek sebab balqish bagi seat masa dekat dalam train, sebelum sampai ke destinasi beliau, dia bagi origami dekat aqish ....sungguh kami betul-betul rasa terharu....inilah tanda mereka menghargai kita

dah sampai Asakusa

dan ali juga dapat hadiah 3 ekor burung (origami)  sebab kami customer pertama yang membeli dekat kedai dia....inilah kedai dia, kedai barisan depan kalau nak ke Sensoji



ke Sensoji akan jumpa kedai-kedai kecil dan juga rumah-rumah

sementara nak sampai ke Sensoji ali & balqish singgah main dekat play ground ni dulu

tertarik dengan rumah  seperti di bawah ini

suka sebab nampak klasik

dah sampai ke temple Sensoji, masa ni ramai orang

depan temple sensoji
ada singaporean baik hati tolong ambilkan photo

ini area kubur mereka kalau tak silap



dekat sini jerk satu-satunya dapat jumpa bunga ni....masa ni dah start musim luruh
memang tak jumpa sakura langsung

suka bukan main dapat bergambar dengan bunga ni



   Kita ke gerai-gerai souvenirs & cuci mata (shopping souvenir)

ramai orang, kita ikut jalan belakang sebab malas nk bersesak-sesak
padat sendat dengan orang hehehheheh tak sanggup nak lalu sini
cari alternatif lalu gerai-gerai belakang








No comments:

Post a Comment