December 18, 2017

Perginya Tak Kembali: Arwah Atuk Abu Bakar Ahmad

Tarikh: 16/12/2017
Tempat: Melaka

Perginya mengejutkan kami pada awal pagi Sabtu 16/12/2017
Masih belum terlambat untuk menulis khas untuk Arwah Atuk Burn
Panggilan manja untuk arwah Atuk Abu Bakar Ahmad
Datuk saudara kepada allysha, ali iqbal dan balqish
beliau sangat rapat dengan mereka bertiga
sangat terkesan di hati apabila mendapat khabar yang mengejutkan

Perginya beliau tanpa sebarang penyakit
hanya mengadu sakit kepala jam 4 pagi
Nenek bangun dan mengurut-urutkan kepalanya
tiba-tiba Arwah atuk terus senyap

Arwah sangat suka dengan haiwan peliharaan
pada tahun lepas, arwah membawa ali iqbal pergi memancing ikan betuk
ikan betuk panggilan orang muar
kalau orang belah utara panggil ikan puyu

dua minggu yang lalu kami balik dari Jepun
ikan puyu hasil pancingan beliau setahun yang lalu
telah pun mati
sedih tak terkata
ikan puyu tu sentiasa akan bersama ali
bila balik ke kampung, ali akan bawa balik ke kedah dan johor
seminggu selepas ikan puyu mati
kami mendapat perkhabaran atuk burn pula meninggal

maka hilang segala kenangan bersama ikan dan arwah atuk
tak sempat nak minta atuk gantikan ikan baru
beliau pula telah dijemput oleh PENCIPTANYA
yang hanya masih terpahat di hati adalah memori bersama beliau
seisi keluarga akan mengingati beliau hingga ke akhir hayat

Anak-anak, allysha , ali iqbal dan balqish
Sedekahkanlah Al-Fatihah setiap kali
kamu teringatkan beliau
moga sedekah itu allah swt sampaikan kepada rohnya

AL-FATIHAH
Abu Bakar Bin Ahmad

1 comment:

  1. Salam Takziah dari kami sekeluarga.

    Doa arwah berada dengan kalangan orang yang beriman dan damai di sana.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete