November 21, 2017

Cyberjaya Dulu & Kini: Ulangtahun ke-20 Tahun di SK Cyberjaya

Tarikh: 18/11/2017
Tempat: SK Cyberjaya


Aktiviti anak-anak sebelum cuti sekolah
Sempena sambutan ulangtahun ke-20 tahun Cyberjaya, Selangor.
Anjuran bersama SK Cyberjaya & Setia Haruman
turut menjayakan dan memeriahkan majlis seperti Badan-badan Kerajaan dan sekitarnya.
Pelbagai aktiviti di antaranya pertandingan mewarna dari CHI CHI CHA CHA & Bank Rakyat, Pertandingan Menyanyi dan sebagainya.

Cerita sedikit Kisah Cyberjaya dulu dan sekarang
Tahun 1999 saya berpindah ke Cyberjaya, pada ketika itu jalan raya kecil disini
kanan dan kiri hutan kelapa sawit, tiada pembangunan lagi
Nak ke Pekan Dengkil juga menakutkan, jalan rayanya yg kecil
Lori hantu, Lori Tanah tak pernah putus atas jalan raya
jalan rayanya pula berbengkang bengkok
Dengkil, Pekan Koboi, tapi hebatnya kedai Makan MALEE sudah wujud ketika itu hinggalah kini
Nak ke Puchong, ioi mall yang sekarang dulu di kenali The STORE
Mall paling comel dan tak ramai orang ketika itu
Puchong juga bandar kecil dan tidak sepadat sekarang

Dekat Cyberjaya dulu hanya ada MMU, MDEC Office & Cyberview Lodge
Selang setahun  Apartment & Town House Cyberia siap dibina
dan diikuti pembangunan demi pembangunan di sekitar Cyberjaya
Sekolah Cyberjaya juga di bina hasil pemberian dari Developer


Selepas beberapa tahun, pembagunan di sini semakin hari semakin pesat
sehinggalah ke hari ini
sekarang Cyberjaya sudah di penuhi hutan kontrik
dipenuhi orang asing yang langsung tidak beradab dan tidak menghormati orang Malaysia
melanggar peraturan sesuka hati (ya saya tujukan kepada NEGRO, IRAN, ARAB)

Anak-anak kami di besarkan di Cyberjaya
berpindah ke Equine Park setelah rumah kami siap di bina pada tahun 2004
dan berpindah semula ke Cyberjaya pada tahun 2014
ketika itu allysha hendak menduduki UPSR
dan ketika itu juga Seri Kembangan sudah menjadi bandar JEM
jadi, kami melarikan diri dari kesesakan jem pagi dan malam di Seri Kembangan
berpindah semula ke Cyberjaya dan membeli rumah di sini pula


Inilah dia Cyberjaya!
kami berbangga dengan Cyberjaya dulu dan sekarang.

Dan sempena 20 tahun ulangtahun Cyberjaya, pihak Setia Haruman telah datang ke SK Cyberjaya untuk merasmikan dan memberi sumbangan kepada sekolah ini. Setia Haruman memang banyak menabur jasa kepada sekolah ini, kami sebagai ibu bapa sangat-sangat terharu. Sempena sambutan yg ke-20 tahun ini, pelbagai gerai di buka untuk mengutip dana, dana tersebut dari pelbagai kelab dan persatuan contohnya Kelab Kebudayaan, Kelab Softball dan sebagainya.

 Gerai Makanan, Cuaca panas....Aiskrim adalah pilihan kanak-kanak

Pelbagai gerai di buka oleh Guru-guru dan dibantu oleh murid-murid bagi mengutip pelbagai dana untuk Kelab dan Persatuan.

 Softball Team juga tidak ketinggalan, RM1 untuk memukul bola

 Ini paling anak-anak suka :) walau panas terik 

Boboi and team
Pertandingan mewarna dari CHI CHI & CHA CHA dan juga 
dari BANK RAKYAT (tiada dalam gambar)

 Para kakitangan CHI CHI & CHA CHA
Balqish & Mewarna
tanpa disangka balqish menang tempat pertama pertandingan mewarna CHICHI & CHA CHA

Penyampaian hadiah di sampaikan oleh Puan Hajjah Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal, 
BOD Setia Haruman (anak perempuan Tan Sri Mustapha Kamal)

Aqish & kawannya

 kotak sumbangan anak-anak kelab tarian, mereka akan ke Turki pada 2018

GB memberi ucapan sebelum penutup dan penerimaan Cek dari pihak Setia Haruman
terima kasih kepada Setia Haruman kerana sangat prihatin terhadap SK Cyberjaya, sumbangan yang diberi adalah sangat bermakna buat anak-anak kami.


No comments:

Post a Comment