April 1, 2017

Muzium Hantu, Penang

Selasa 21/3/2017
Mengambil peluang ke Penang untuk membawa aqish & ali iqbal
berjalan-jalan sebelum balik ke Cyberjaya.

Balqish nak pergi Muzium Hantu
Ali Iqbal nak pergi Fort Conwillis

Memandangkan masa yang tak berapa banyak
maka dengan adil dan saksama mesti pergi kedua-dua tempat

kami kena balik ke Cyberjaya malam ini juga
kerana esok awal pagi nak kena ambil kakak allysha dekat airport.

oklah, enjoy melihat gambar-gambar kanak-kanak masuk ke rumah hantu
hantu ada pelbagai jenis,  dari 8 buah negara

Harga tiket:
1. Dewasa RM18
2. Kanak-kanak RM10

papa bawa naik naik ferry sebab aqish dah lupa moment atas ferry
ada SHELL disitu, haruslah snap pemandangan tersebut....shell periuk nasi papa kami anak beranak
cantiknya awan ini.
 ali iqbal tidur so tak nak kacau mood dia, aqish seorang sahaja
dah sampai ke seberang ternampak beca kiut nie....kalau ada banyak masa memang harus singgah naik beca ronda-ronda pulau

dengan hantu cina, peberet zaman kanak-kanak dulu cerita hantu cina
lorong dalam rumah hantu
hantu cina
 hantu jepun
ROKUROKUBI ooooo mama & papa tak sangka aqish and ali tau nama hantu-hantu jepun ni
ini tak ingat hantu negara mana....
hantu negara org kulit putih...
hantu mesir
masuk ke sini berpeluang memakai costume hantu juga.
ok ...jom kita balik...next ...Fort Conwillis pulak

3 comments:

  1. aduh lama nya kaknoor tak pi penang
    dulu2 memang dok gelumang disini lah hari2 heee
    rindu nak balik penang lah huhu

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pulak ada muzium ni... tak pasti Hannah berani masuk ke tak hehe... tapi boleh la nak letak dlm wishlist :-)

    ReplyDelete
  3. anak2 aida rasa nyer x nak masuk ni :) hahaha
    penakot!!!

    ReplyDelete