Tarikh: Ahad 8/3/2015
Bertempat: Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur / Bukit Jalil Marathon 2015
Jarak Larian: 10km - Women (V) & 10km - Man (V)
Masa Larian: 5:45am - 07:17:59
Penyertaan 10km seramai (Man & Women): 1680 orang
Aktiviti kami berdua untuk Marathon bulan Mac 2015, seawal jam 4.15 pagi kami suami isteri sudah bergerak ke Stadium Bukit Jalil. Marathon pada kali ini bertempat di stadium tersebut. Kategori 21km telah berlari pada jam 5.30 pagi dan diikuti kategori 10km pada jam 5.45 pagi dan diikuti pula 5km.
Saya target larian untuk kali ini adalah 1 jam, tapi nasib tidak menyebelahi saya. Saya terjatuh dan tersungkur, lutut koyak, seluar pon turut sedikit koyak....iphone juga tercampak dan sedikit retak dan koyak jugak covernya.....sedikit kecewa kerana tidak melepasi target :(
Siap sedia untuk mendengar siren menandakan kami akan berlari.
Masa ni saya dekat depan, cik abang bersama dengan kawan dia di belakang.
Penyertaan kali ini, organiser yang agak kelam kabut, banyak kekeliruan yang mereka lakukan, letak signboard untuk jarak (km) larian juga mereka tidak letak secara betul dan mengelirukan, tak tau yg mana satu betul untuk 21km atau 10km
Jam 7.06minit dah semakin hampir kegarisan penamat, dah nak nampak Stadium Bukit Jalil
masa ni cik abang saya dekat belakang saya, agak lama saya tinggalkan beliau ke belakang semasa awal larian tadi, tapi bila saya jatuh tersungkur di tepi highway tadi, dan kaki pon sakit saya dah tak boleh berlari laju....
Satu perkara yg sangat biadap saya perhatikan pengguna jalan raya di Highway ini, mereka langsung tidak ada sifat untuk memperlahankan kenderaan beliau, memang semuanya laju-laju walaupun nampak para pelari di tepi highaway sedang berlari. Mujur saya jatuh di tepi highway, jatuh disebabkan jalan tar yg tidak rata dan berlopak itulah akibat yg saya jatuh tersungkur ketika itu jam 6.20pagi, masa tu jalan masih lagi gelap ....memang langsung tak nampak jalan tersebut berlekuk...
Satu perkara yg sangat biadap saya perhatikan pengguna jalan raya di Highway ini, mereka langsung tidak ada sifat untuk memperlahankan kenderaan beliau, memang semuanya laju-laju walaupun nampak para pelari di tepi highaway sedang berlari. Mujur saya jatuh di tepi highway, jatuh disebabkan jalan tar yg tidak rata dan berlopak itulah akibat yg saya jatuh tersungkur ketika itu jam 6.20pagi, masa tu jalan masih lagi gelap ....memang langsung tak nampak jalan tersebut berlekuk...
akhirnya saya sampai bersama cik abang saya....
satu-satunya organiser yang tak bagi bag utk masukkan goodies yg kami dapat
mencari air dan makanan dekat gerai yang disediakan
syukur dapat habiskan cepat sebab setiap kali masuk marathon memang target nak balik awal, lucky draw kami tak pernah pon tunggu sebab ali iqbal ada training bola. Mujurlah perlawanan persahabatan bola untuk kelab bola ali iqbal dah ditukar ke minggu hadapan.
kaki dah capek nak jugak possing :)
Keputusan sudah dikeluarkan di online seperti di bawah ini, saya dalam kategori Wanita (V) 10km, keputusan yang saya dapat adalah seperti dibawah ini, agak-agak faham tak apa yg ditulis dibawah ni? :)
RkCat 100 Bib M44715 Amiizaa Official_Time 01:33:47 Net_Time 01:32:49 CheckPoint1_Time 00:48:56
Start_Time 05:45:11 Finish_Time07:17:59 Remark:
Secara keseluruhan untuk 10km (Man & Women), kami (suami isteri) berada di kedudukan seperti dibawah ini:
RkOveralRl kMix RkCat Bib Name Official_Time Net_Time CheckPoint1_Time Start_Time Finish_Time Remark1 1
1003 663 144 L39714 Hubby 01:33:47 01:32:41 00:50:18 05:45:18 07:17:59
1004 341 100 M44715 Amiizaa 01:33:47 01:32:49 00:48:56 05:45:11 07:17:59
1004 341 100 M44715 Amiizaa 01:33:47 01:32:49 00:48:56 05:45:11 07:17:59
1 1 1 J25819 NAME: MAN 00:37:58 00:37:54 00:20:46 05:44:16 06:22:10
1680 767 580 K30779 WOMAN 02:54:52 02:54:46 02:38:05 05:44:18 08:39:04
Kalau makcik, jangankan 10Km, 1.5km pun dah tak boleh pergi agaknya... :)
ReplyDeletepantas juga yer miza lari...tetap semangat walaupun dah jatuh..kalau akak tu..mau dah give up..tahniah
ReplyDeleteTepuk kuat-kuat!!! Tahniah dan syabas. Teringat pulak pada Marina Chin dulu..jatuh masa lari berpagar..
ReplyDeleteAduh k.mieja jatuh... Sakutnye lutut. Taje care k.mieja. rajin sungguh marathon. Haza marathon naik turun tangga kejo anak je la.. Hehehe.
ReplyDeleteTazkirah untuk saya. lain kali yang berkereta kena hormati mereka yang berjalan kaki/berlari. bawa perlahan sedikit...
ReplyDeleteIni tandanya seseorang itu berjiwa besar...
kalau sis JM mmg x mampu!!
ReplyDeletesehat bdn ni....bagus aktiviti ni
ReplyDeletepttlah akak nmpk muda remaja, rupanya sgt aktif...
ReplyDelete