December 30, 2013

Bali@foot reflexology

Hari last sebelum balik Malaysia
mama & papa sempat pergi foot reflexology
memang best sangat
kalau ke Bali memang kena cuba spa+massage mereka
berbaloi-baloi
terasa hilang keletihan
beza cara massage org thailand dengan indon
masa dekat Pattaya, pernah try massage mereka
berbeza teknik mereka

spa+massage dekat hotel pon ada, tapi mereka sampai pukul 6ptg shj
tak sempat nak bermassage dekat hotel
asyik berjalan kat luar
so, malamnya cari salon dekat luar


pergi berdua sahaja
kanak-kanak bertiga tinggal dekat hotel


hilang segala lenguh-lenguh kaki
best...tangan staff nie sangat terasa kuatnya.

December 29, 2013

Bali@Shopping- Krishna

entry tersimpan lagi.

Hari selebihnya adalah hari untuk shopping
Year End Sale dekat Bali, not bad...murah
bersantai area Jalan Kuta & pergi massage.

nak pergi Hand Rock Cafe
penyudahnya tak pergi sebab setiap petang hingga ke malam
kanak-kanak ini asyik berendam dalam pool
dah naik dari pool
berendam plak dalam bath tab
dekat sana magrib awal, dalam 6.30ptg dah maghrib

Malam lepas dinner dekat Discovery Mall
pergi ke Krishna pulak
3 hari berturut-turut ke sana
tujuan utama ke krishna adalah mencari painting
harga sangat murah
krishna tempat yg paling murah untuk beli souvenirs dan painting
try juga ke tempat lain, memang krishna tak dapat di tandingi :)

Krishna ini buka 24jam yg paling terbesar. Ini dekat jalan tuban...kalau tak silap(dah lupa), ada satu lagi cawangan Krishna tp tutup jam 10.30mlm.
pergi dekat tempat t-shirt+ souvenirs dulus
dekat painting area.
dah penat sangat, mata pon dah penat...tunggu budak tu isu resit.
dah bayar, hantar dekat sini...staff ini akan buka semua frame, dan lipat dengan berhati-hati sebab nak bawak naik flight.
penat tunggu...lama jugak mereka nak buka satu-satu dengan penuh berhati-hati...aqish dah mengamuk letih dan mengantuk....jam dah pukul 12.30mlm
jumpa kucing...suka betul ali...
jinak kucing nie....kat sini jarang jmp kucing berkeliaran, anjing banyak...anjing mereka nampak gemok dan tebal-tebal bulunya.

dah siap.....panggil teksi nak balik hotel. Make sure pakai blue bird bermeter.

December 28, 2013

Bali@Restoran Pawon Pasundra

Ada satu restoran dari Bandung
Restoran nie ada cawangan dekat Bali
sebab dulu masa ke Bandung ada makan dekat sini juga

mama tak perasan restoran nie
bila dah sampai, allysha kata ini mcm dekat bandunglah mama
ichaa nak makan ikan gurame bakar
terkejut mama bila dia kata nak makan
sebab asalnya dia tak mo makan...mogok sebab 'rasa' tk sama

ini kali ke-2 makan nasi selama 5 hari hari dekat Bali :):)

Restoran ini halal, ada sijil dari MUI
interior dalam restoran juga sama, so mereka bertiga rasa mcm dah biasa dengan tempat ini
allysha order ikan bakar gurame, emmmm dekat malaysia panggil ikan talapia kot rasanya
Gurame Bakar+Nasi Kukus
Nasi kukus+sup+sambal belacan+daging bakar
nasi goreng utk ali
sup bontot (ekor) utk mama and aqish

susah makan dalam bakul....nasib aqish pandai mengayakann...
dah habis makan budak tecit nie lepak sini.....tepi tu ada ikan koi....
wifi free di mana-mana...baguslah Bali :)

December 27, 2013

Bali@Water Bom

entry yg terperam lagi

ke water bom adalah menjadi bualan
3 kanak-kanak ini sebelum ke Bali dan sampainya di sana
allysha sebelum ke Bali, dah siap google
apa yg best dekat water park


dekat sini boleh keluar sesuka hati
dan masuk semula sepanjang hari
setiap water park di awasi oleh life guard
so, anak-anak tak perlu bimbang keselamatan mereka


Dari hotel ke sini jalan kaki jerk dalam 5 minit
berhadapan dengan Discovery Mall
lepas breakfast, hari ini aktiviti 1 hari dekat water bom
cuaca agak cantik dan panas

tempat 1st yg dituju utk kanak-kanak ini


cuaca panas terik, makin ireng...
dekat setiap sudut ada life guard.
bagusnya dekat sini, kanak-kanak tak perlu berebut-rebut. Life guard akan mengawal kanak-kanak ini meluncur ke turun ke air....aqish main slide, diperhatikan oleh uncle life guard.
Boomerang ....
enjoy dekat dalam river nie...pusing berkali-kali pon dia org suka:)
lagi..yg nie pon best
berendam dalam nie ...
paling tinggi...
 nak balik....dah lapar.. lepak dekat discovery mall plak...
TQ water bom...mereka bertiga sangat enjoy:)

December 26, 2013

Bali@ Padang Padang Beach

Padang-Padang Beach terkenal selepas Julia Robert shooting dekat sini.
Filem eat, pray & love

Nak ke pantai ini sangat unik, sebab ada tangga mcm dalam gua
tangga tu sangat kecil, muat-muat seorg yg turun atau naik ke atas

Dekat sini kanak-kanak bertiga sangat happy
apa taknya jumpa air
mereka lebih suka aktiviti dalam air, dari berjalan-jalan melawat kawasan

cantik ke pantai nie?
emmmm....pada pendapat kami sekeluarga
pantai/pulau dekat Phuket/Krabi lagi cantik, ikan mcm-mcm kaler
pulau-pulau dekat Malaysia juga jauh lebih cantik
Tak jumpa sekor ikan pon kat padang-padang beach nie
so, biasa-biasa jerk pantainya.....
nak ke pantai, kena melalui dalam gua nie...
 ok, turun ke pantai




ikan tak ada, tp lumut bersepah-sepah......:)
lama jugak dekat sini dlm 1jam, balik ikut jalan yg sama....masuk ke gua:)
 dah sampai atas....penat berbukit-bukit curam, hari nie banyak buang kalori hehehhehe



December 25, 2013

Bali@Uluwatu Temple-Pura Luhur Uluwatu

Seterusnya ke Uluwatu Temple
untuk masyarakat Bali yg beragama Hindu, dekat sini salah satu temple yg terkenal

terletak di Pecatu Village, Badung, Kuta South.

Nak masuk ke sini kena pakai selendang kuning &
kpd yg pakai seluar pendek kena pakai kain kaler purple.
Masa datang sini dalam tengahari, cuaca sangat panas.

kepada yg suka sunset boleh dtg waktu ptg
kecak dance juga start dalam pukul 5ptg ke atas


apa yg menarik dekat sini?
Emmmm...biasa aja, design bentuk macam sama sahaja kat mana-mana di Bali ini.

temple ini betul-betul menghadap laut Australia
ombaknya berpusar-pusar laju
dari atas bukit sangat curam
kalau jatuh memang bubbyelah jawabnya...
sangat bahaya, ombaknya sangat kuat...

Hati-hati dengan Monyet, Monyet dekat sini sangat cekap
mencopet barang tourist :)
Allysha tiba-tiba menjerit, rupanya-rupanya monyet dah tangkap kaki dia
hehheheheh.....pucat sekejap allysha:)

 Nak masuk sini kena bayar.
dari jauh nampak temple atas tu..
 penat nak naik ke atas, peluh berjurai-jurai keluar
ali buat drama plak kat sini...

dah sampai puncak
budak kecik nie dah meragam...nak balik......nak swim.....:)
dari jauh bila dah sampai di puncak uluwatu temple
jumpa bunga nie, supir kata bunga nie bau bangkai. sangat unik bentuknya.