December 26, 2016

Danok - Sadoa Thailand

Satu hari perjalanan Ke Danok - Sadoa, Thailand. Jalan-jalan makan tomyam, pulut mangga, somtam, jus. Suka bila masuk Thailand, jus sangat pure.

Perkara yang perlu ada untuk masuk Ke THailand melalui imigration Bukit Kayu Hitam - Sadoa Imigration.

1. Insuran
2. Salinan geran kereta/original
3. Passport 
4. Borang imigration pergi & balik

Kekurangan melalui imigration Thailand adalah mereka tidak user friendly contohnya signboard untuk letak kereta sementara nak ke imigration tiada Dan arahan untuk ke kaunter juga tiada. So, pandai-pandailah layan diri. Berbeza layanan melalui airport. Rasuah juga sangat berleluasa. 


Semasa proses di kaunter imigration, staff Yg incharge minta selit rm12. Dan juga semasa nak balik, staff imigration minta rm50.


Tengah beratur untuk cop passport.
Cop untuk pelepasan kenderaan di kaunter yang berbeza, di kaunter sebelah. Dah selesai dikaunter imigration,  mencari restoran Makan tengahari.


Berhenti lunch Dekat Restoran Nurlaila, Danok Thailand. 


Air tebu / asam jawa, best.
Air tebu Memang pure tak campur air seperti deKat Malaysia.
Tomyam Putih,  Tomyam Merah menjadi pilihan & Sup Tulang.



Suasana sekitar Bandar. Wire berselirat.....



Next destinasi adalah Ke Dinasor Park, Animal Park, Panda Park Dan sekitarnya.
Asian Cultural Village






Animal World



Panda Park, Kalau waktu malam barulah cantik sebab bercahaya.





Cuaca hujan renyai-renyai.
Sebelum balik singgah ngeteh + pulut mangga + somtam + jus magga




Wajib beli buah mata kucing Kalau masuk Ke sini.


Ok Nak Balik, hari dah semakin gelap.



Jemm dari siang sampai nak masuk malam, lori-lori ni beratur untuk Ke Imigration untuk Ke Malaysia.

3 comments:

Sheila Adziz said...

wah... menariknya kat danok... x pernah sampai walaupun duk changlun.... huhu.... best pulut mangga tu

Fyda Adim said...

Assalam kak miza...lamanya tak tinggalkan jejak...bestnya dapat jenjalan..

hainom OKje said...

Salam Amiza... lama tak ke sini. Apa khabar?
Macam leceh je ye Amiza nak masuk Thailand guna kereta ni.
Tempat pun mcm best jugak utk photoshoot tu.
Aduhhh part makanan dia mmg terliur saya tengok tau..... Teringin pulak nak makan tomyam petang ni hihi