December 29, 2014

Persiapan Membeli Barang Sekolah

Diari 29/12/2014.

Ke Pasaraya Karnival, Dengkil membeli persiapan persekolahan Allysha, Ali Iqbal & Balqish
untuk ali, papa dah beli dekat TESCO, so, top-up mana yang tak ada sahaja.

Untuk Allysha, kain sekolah menengah agak murah dekat Lady Like, AEON dalam RM15
juga beli baju sekolah yang kainnya jenis lembut/licin supaya senang nak iron.

pengalaman sebelum ini, tak perlu beli baju mahal-mahal nanti habis rosak, dari warna putih boleh jadi warna belacan bila balik sekolah....sapa tu? ali iqbal lah tu kan? :)

kasut sekolah pon beli yang murah sahaja, tahun lepas beli kasut sekolah BATA hilang dekat sekolah
balik sekolah berkaki ayam, so tahun ini beli kasut RM10 sahaja, kalau hilang tak ralat, boleh beli lagi kat Pasaraya Karnival :)

Pengajarannya tak perlu beli yang mahal-mahal untuk barang-barang sekolah, kerana mereka dekat sekolah sangat lasak dan tak pandai jaga barang, tu belum pencil box pensil pemadam pembaris dll memanjang hilang setiap hari.

dah alang-alang pergi sini, beli jerklah kat sini semua, pening dah pergi sana sini pastu tak beli asyik nak compare-compare harga.

 kasut ali RM10, jimat 

ok bayar dan balik rumah, penat dah kaki mama...dah balik rumah memang malas nak keluar dah......

5 comments:

babYpose said...

menarik juga pasaraya karnival, besar. sekejap ja dah abis cuti..

Papa Blogger said...

heheheh teringat zaman sekolah dlu.. tiap2 tahun nak beli kasut baru tapi tak smpi hati tengok bapa dlu kuarkan duit... tapi bila dapat kasut baru, rasa cam nak terbang je..

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya said...

kat dengkil,, ada satu kedai ni pun murah,, kain pun boleh tahan tebal,,, kedai suji,, depan simpang masuk klinik kesihatan dengkil,,, kedai tu belah bawah,,

SSulieana said...

betul tu k.mija beli yg murah jerrr...walaupun minyak dh turun tp harga barang takkan turunnya...hehehe

anajingga said...

mieja, kak ana dah settle dah, maklumlah tinggal seorang je yg bersekolah..:)